SELAMAT SEJAHTERA

Jumaat, 5 November 2010

PRK DUN GALAS : SYABAS BUAT BN, PENGAJARAN BUAT PAS.




BN BERJAYA GALAS DUN GALAS.

Kemenanga besar Barisan Nasioanl di PRK Dun Galas dengan majoriti 1,190 tidak diduga sama sekali, Selepas Pas mengumumkan calunnya, BN merasa yakin akan menang tetapi tidaklah majoriti sebesar ini.Keyakinan BN berdasarkan pengundi disini telah kenal siapa DR Zulkifli yang sudah dua kali tewas dalam pilihanraya umum. Sejak calun Pas diumum sudah ada segelintir penyokong Pas tidak puashati dengan calun tetapi kerana tidak boleh membantah maka mereka hanya sekadar mendiamkan diri. Selain daripada itu, pemilihan YB Mulia Tengku Razaleigh sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya menjadikan halangan utama Pas untuk memgekalkan Dun Galas ditangan Pas. Mereka mengetahui bertapa hebatnya hubungan Tengku Razaleigh dengan mesyarakat Cina dan orang Asli.


Pendekatan yang dibuat oleh Tengku Razaleigh dengan tidak membenarkan satu ceramah pun diadakan oleh Bn pada waktu malam merupakan pendekatan yang cukup baik dan berkesan kerana Tengku tidak mahu menganggu dan menyusahkan pengundi untuk datang mendengar ceramah.


Pada mulanya pendekatan yang digunakan oleh Tengku Razaleigh agak mengejutkan semua jentera Pilihanraya BN tetapi apabila pendekatan ini dijalankan, keyakinan dan sokongan pengundi kepada BN mula menampakkankesannya.


Keputusan yang dibuat oleh YB Mulia Tengku cukup bertepatan apabila melihat kepada ceramah-ceramah yang diadakan oleh Pas hanya dihadiri oleh jentera-jentara parti mereka sahaja tidak seperti sebelumnya.


Kejayaan manis BN ini juga sisebabkan oleh pakatan Pas dengan DAP yang sememangnya tidak disenangi oleh segelintir penyokong Pas sendiri ditambahkan lagi dengan kehadiran pemimpin tertinggi parti DAP dengan membawa isu-isu yang tiada kaitan dengan Dun Galas ini menyababkan ketidakpuashati pengundi disini.


RUMUSANNYA : Pas harus mengkaji semula pakatannya dengan DAP dan PKR, supaya mereka tidak terus diperalatkan oleh DAP yang bukan sahaja merugikan Pas bahkan orang melayu.


Pakatan PAS dan UMNO perlu dikaji semula oleh kepimpinan PAS agar melayu terus hidup dibumi bertuah ini dan parti UMNO dan PAS tidak berkubur dek kerana KITA (Melayu) tidak bersatu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan