SELAMAT SEJAHTERA

Jumaat, 25 Jun 2010

PENEROKA DAPAT DIVIDEN DAN BONUS KPF












PENEROKA PERLU YAKIN DENGAN FELDA





Koperasi Permodalan Felda (KPF) telah menetapkan bayaran dividen dan bonus kepada ahlinya sebanyak 14 peratus bagi tahun 2009 yang akan dibayar dalam masa terdekat ini.





Kepada warga Felda seharusnya bersyukur dengan nikmat yang diperolehi ini. Terutama kepada warga Peneroka yang sewajarnya berterima kasih kepada kerajaan BN kerana memilih mereka menjadi peneroka Felda. Bukan setakat boleh menjadi ahli KPF sahaja bahkan diberi saham percuma dan diberi pinjaman tanpa potongan daripada pendapatan hasil ladang.





Janganlah kita mudah terpedaya dengan puak-puak yang iri hati dengan keselesaan yang dinikmati oleh masyarakat Felda dan sekarang ini mereka masuk ke Rancangan Felda bertujuan menghasut peneroka.





Para peneroka perlu membandingkan antara dirinya dengan rakannya yang berada di luar Felda, APAKAH kehidupan mereka lebih baik dari kita ATAU kita terlalu lebih baik dari mereka baik ?.





Binalah kehidupan kita di Felda dengan jalan yang betul dan jangan dek kerana kita membuat keputusan tanpa usul periksa dan ditambah pula percaya kepada hasutan-hasutan dari luar maka kita telah mengorbankan masa depan anak-anak dan cucu-cicik kita. Biarlah mereka mewarisi tanah pusaka yang kita miliki ini kerana inilah satu-satu tanah yang dianugerahkan oleh kerajaan BN yang perlu kita kekalkan menjadi pusaka kita. Jangan sesakali kita biarkan Tanah ini menjadi milik orang lain.





INGATLAH WAHAI PENEROKA, KEHIDUPAN KITA DITANAH FELDA CUKUP BERKAT.


DI SINI LAH KITA MULAKAN DENGAN ANAK KITA BERADA DI MENARA GADING, DI SINILAH KITA DAPAT MEMBINA MAHLIGAI YANG INDAH DAN YANG PALING KITA JANGAN LUPA, DISINILAH TEMPATNYA YANG TELAH MENYEBABKAN KITA BOLEH MENUNAIKAN HAJI.





FIKIR-FIKIRKAN LAH.

Sabtu, 22 Mei 2010

FUZIAH SALLEH NASIHAT KELUAR SEGERA









Ahli PKR Tidak puashati dinasihat keluar Parti.


Fuziah Salleh ,Ahli Parlimen Kuantan menyeru kepada ahli PKR yang tidak berpuashati dinasihatkan agar keluar parti dengan segera tanpa menunggu pilihanraya.


KENAPA FUZIAH MEMBUAT KENYATAAN SEPERTI INI ?.


Adakah beliau sememangnya risau dan bimbang dengan perkembangan terkini yang mana semakin ramai ahli PKR seluruh Tanah air termasuk beberapa Ahli Parlimennya yang keluar parti?. ATAU Beliau sengaja memberi amaran agar ahli PKR selepas ini jangan keluar parti ?

SEBENARNYA, Fuziah dan kepimpinan PKR memang risau dan bimbang dengan perkembangan terkini dimana semakin ramai ahli PKR yang keluar parti. Mereka juga bimbang jika perkara ini terus berlaku, pada pilihanraya umum akan datang mereka ini akan kehilangan jawatan dan kuasa.

Sebab itulah , Fuziah Salleh memberi amaran awal kepada ahlinya supaya membuat keputusan segera , agar mereka juga akan memilih jalannya sendiri atau membuat sesuatu perkara yang membolehkan mereka mengekalkan jawatan dan kuasa mereka seperti hari ini.

KEPADA AHLI PKR. Sedarlah bahawasanya parti PKR tidak boleh membawa apa -apa perubahan bagi menjamin keharmonian dan masa depan rakyat Malaysia ini.

OLEH ITU, Buatlah keputusan segera demi masa depan anak-anak kita yang mana sekarang ini terdapat setengah pehak yang sedang mengambil kesempatan di atas perpecahan orang melayu untuk mendapatkan kuasa bagi memerintah Negara MALAYSIA ini.

FIKIR-FIKRKANLAH WAHAI AHLI PKR..............

Rabu, 5 Mei 2010

KENAPA KARPAL ANGGAP KES BUNUH ?




Karpal dakwa kes diklasifikasi bunuh.
Karpal Singh mengklasifikasikan kes tembak mati Aminulrasyid Amzah sebagai kes bunuh yang membawa hukuman mati mandatori.
Beliau berkata Peguam Negara perlu membuat pendakwaan atas tuduhan bunuh, berdasarkan keterangan daripada saksi utama kejadian itu.
APA YANG MENJADI PERSOALANNYA?.
Apakah dengan hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja tanpa mendapat perjelasan daripada polis yang terlibat , Karpal sudah boleh membuat andaian bahawa kes ini kes bunuh?.
Apakah dengan berbuat demikian sudah dianggap adil sebagaimana pihak pembangkang dok laungkan selama ini ?.
Diharap kepada Karpal, kalau hendak menjadi pembela, biarlah mendengar dari kedua-dua belah pihak dulu, jangan dek kerana kepentingan politik terus sahaja membuat klasifikasi tanpa menyelidik terlebih dahulu.
Kita simpati kepada keluarga Aminulrasyid dan wajar mendapat pembelaan tetapi biarlah benar-benar membantu bukan kerana kepentingan politik.

Selasa, 27 April 2010

PKR DAKWA BN BELI UNDI




BN TIDAK BELI UNDI - PM
Keputusan PRK Hulu Selangor telah dimenangi oleh BN dengan majoriti 1725. Jentera BN termasuk YAB PM cukup gembira dengan kemenangan ini. Kejayaan ini akan menaikkan semangat dan memberikan harapan baru bagi memperkukuhkan BN untuk masa depan.
TAPI kita juga sudah menduga berbagai alasan dan tuduhan akan dilemparkan oleh puak PR apabila mereka tidak memenangi dalam mana-mana pilihanraya.
Di Hulu Selangor , BN dituduh membeli undi pengundi Hulu Selangor.
Apa yang perlu kita lihat dan renung bersama adalah apakah maruah pengundi Hulu Selangor boleh dibeli dengan wang ringgit.
Adakah mereka sanggup memberi undi kepada BN jika dibayar dengan wang ringgit ?.
Janganlah kita meletak maruah dan harga diri pengundi Hulu Selangor begitu rendah sekali. Jangan disebabkan mereka tidak memberi undi kepada kita maka kita menuduh mereka telah disuap dengan wang ringgit.
Apa yang dibuat oleh BN dan kerajaan adalah segalanya kehendak rakyat dan pengundi di kawasan tersebut. mereka mahu masalah mereka didengar dan diselesaikan. MAKA kerajaan mendengar keluhan mereka dan bertepatan dengan gagasan 1MALAYSIA " Rakyat didahulukan Pencampaian diutamakan.
Lagi pun kita perlu faham , selama ini dibawah pemerintahan PKR selepas PRU ke 12, tidak ada apa yang dilakukan oleh PKR bagi meyelesaikan masalah mereka.
Apabila berlaku pilihanraya kecil, maka kerajaan datang mendengar keluhan mereka dan selesaikan apa yang boleh diselesaikan. Kerajaan laksanakan projek yang diperlukan oleh orang ramai dan bukannya membeli maruah mereka.
Oleh itu, kita berharap kepada semua rakyat Malaysia , sama-sama kita menilai dan membuat pertimbangan yang waras bagi membandingkan antara kerajaan BN dengan puak PR , yang manakah benar-benar berjuang untuk membela rakyat dan yang manakah yang hendak menghancurkan Negara kita ini.

Ahad, 25 April 2010

TAHNIAH KEPADA BN














TAHNIAH


HULU SELANGOR MILIK BN.



Keputusan Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor telah memihak kepada Barisan Nasional yang telah mengalahkan calon PKR.



Dari segi moral, BN sudah dianggap telah dapat memulihkan sedikit maruah yang tercemar dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu.



PERSOALANYA ?. Apakah faktor yang menyebabkan BN menang dan PKR kalah ?.


Adakah kerana gagasan 1Malaysia telah benar-benar menyakinkan rakyat dan adakah pengundi di Hulu Selangor ingin memberi peluang kepada Dato Seri Najib sebagai PM membuktikan bahawa apa yang dijanjikan akan dilaksanakan ?.


Kalau dilihat keputusan pilihanraya umum ke 12, PKR mendapat undi 23,177 dan pada kali ini dalam pilihanraya kecil,PKR mendapat 23,272 peningkatan sebanyak 85 undi.


Bagi BN pula kemenangan ini tidak boleh menjadikan BN/UMNO duduk dalam keadaan selesa kerana jika dibandingkan dengan majoriti yang diperolehi dalam pilihanraya umum ke 11(2004) jauh bezanya. Persoalan yang timbul kemanakah pengundi -pengundi yang meyokong BN pada PRU ke 11(2004) dulu?. Adakah mereka masih lagi tidak yakin dengan keupayaan BN ataupun masih marah dengan UMNO ?.


Inilah yang perli difikirkan bersama oleh kepimpinan UMNO dan BN. Jangan kita leka dengan kemenangan ini kerana masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan oleh BN dan UMNO bagi menjamin kemenangan yang lebih selesa daripada apa yang dicapai di Hulu Selangor.


Apa-apa pun Tahniah sekali lagi kepada seluruh warga kerja, pejuang parti yang bertukus lumus manjalankan tanggunjawab bagi mencapai kemenangan ini.

Isnin, 12 April 2010

PENGHASUT FELDA




Asalamualaikum........Selamat bertemu kembali kepada semua blogger. Kini saya kembali aktif semula untuk bersama -sama memberi pandangan dan kritikan di ruangan ini. Diharap kepada semua rakan-rakan dapat memberi kerjasama sepenuhnya.
Dato Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang berkata kewujudan penghasut terutamanya di tanah rancangan Felda dilihat sabagai satu perkara positif.Kehadiran mereka ini memberi peluang kepada kerajaan BN untuk menjelaskan kepada masyarakat terutama kepada peneroka sama ada perkara yang disampaikan itu benar atau salah.Dato Seri menyarankan agar peneroka mempertimbangkan dan berfifkir dengan rasional sebelum terpedaya dengan kata-kata pihak yang tidak bertanggungjawab yang kini sedang menyemai atau mengotorkan pemikiran peneroka dengan perkara yang tidak sepatutnya. Peneroka perlu membuat pembandingan keadaan 50 tahun dulu dengan keadaan sekarang.Tengok sekolah dulu dengan sekarang, tengok pakaian sekolah anak kita dulu dengan sekarang
Itulah perubahan selari dengan keadaan semasa dan seharusnya peneroka bersyukur serta tidak berpaling tadah lantaran mendengar kata-kata tidak benar dari penghasut.
Oleh itu, diharap kepada semua masyarakat Felda jangan mudah lupa asal usul kita, Fikirkan bagaimana keadaan kita mula-mula masuk peneroka dulu dan bagaimana kehidupan kita sekeluarga sekarang ini. Bayangkanlah jika hari ini kita tidak menjadi warga Felda, dimana kita dan bagaiman kehiudpan kita ?. Adakah sama sebagaimana kehidupan kita di tanah rancangan Felda ?.
PENGHASUT yang datang bukan untuk membantu kita TETAPIinginm mengambil kesempatan unutk kepentinngan politik parti mereka.
RENUG-RENUNGKANLAH. Jangan kita menjadi orang yang tidak tahu membalas budi.

Selasa, 2 Februari 2010

SIKAP PENGIKUT ANWAR


















Hari ini bermula perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim. Apa yang dijangka sememangnya menjadi kenyataan apabila beratus pengikut Anwar memenuhi perkarangan Makhamah Persekutuan.


Apa yang dijangkakan pengikut Anwar bukan sahaja membuat kecoh bahkan mengambil kesempatan untuk memburuk-buruk dan mencaci pehak polis yang bertugas di situ.

Inilah perangai sebenarnya pengikut Anwar yang bertindak tanpa memikirkan keselamatan orang lain.


Apakah mereka ini hadir kerana kehendak sendiri untuk mendapat cerita kes perbicaraan ini ataupun sememangnya telah diupah untuk membuat kecoh di makhamah ini ?.

Kepada rakyat Malaysia, sama -sama lah kita fikirkan, kalau inilah perangainya bagaimana kalau dapat memerintah Malaysia nanti ?.

Janganlah kita mengikut membabi buta dan terpedaya dengan janji manis Anwar dan kuncu-kuncunya dan akhirnya kita yang merana.


Kita perlu menilai dengan sebaik mungkin dan memahami apakah tujuan sebenarnya Anwar memperjuangkan untuk memerintah Negara Malaysia ini ?.Jangan sampai anak dan cucu cicik kita akan hidup merana di suatau hari nanti dek kerana kesilapan kita memilih pemimpin.


RENUNG-RENUNGKANLAH.