SIAPA PELAKON SEBENAR ?.
Isu rakaman video seks yang didedahkan oleh Datuk T mendapat perhatian yang luas dari seluruh masyarakat sehinggakan tenggelam isu tuduhan khalwat yang melibatkan Datuk Sri Anwar.
Isu tersebut semakin hangat diperkatakan apabila Ketua Polis Negara (KPN)Tan Sri Ismail Omar mengesahkan bahawa rakaman video seks tersebut adalah tulen.
Yang menjadi persoalan hari ini ialah, yang manakah yang tulen ?
SAMADA RAKAMAN VIDEO ATAUPUN PELAKON ?.
Inilah yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat samada ahli politik,pelajar ataupun orang kampung untuk mengetahui siapa sebenarnya yang terlibat ?.
Adakah benar melibatkan pemimpin kanan pembangkang atau orang lain ?.
Jika benar apa yang diperkatakan dengan apa yang ada dalam rakaman tersebut, adakah rakyat akan percaya atau sebaliknya ?.
DAN jika BUKAN apa yang dicanangkan itu, siapa yang akan dipersalahkan ?.
Adakah UMNO/BN atau pun Datuk T ?.
SAMA-SAMA KITA TUNGGU AKAN KEBENARANYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan