SELAMAT SEJAHTERA

Rabu, 20 April 2011

MAZLAN ALIMAN NAK PERBODOHKAN ANAK PENEROKA.



CADANGAN YANG TIDAK MASUK AKAL.


Persatuan Anak-anak Peneroka (ANAK) yang dipengerusikan oleh Mazlan Aliman dan ditaja oleh parti PAS akan mengedarkan borang permohonan tanah Felda Plantations kepada Generasi kedua Felda pada hujung bulan ini.


PERSOALANNYA ?. Kuasa apa yang ada pada Mazlan Aliman yang membolehkan beliau mengedarkan borang tersebut ?.


Kalaulah benar borang tersebut akan dikeluarkan, kenapa Mazlan Aliman yang mengumumkan ?. Kenapa tidak YB Dato Ahmad Maslan ?.


Apa nak jadi dengan kakitangan yang sekarang sedang berkhidmat dengan Felda Plantations termasuk generasi kedua Felda, sekiranya perkara ini berlaku ?.


OLEH ITU , Janganlah saudara Mazlan Aliman nak perbodohkan anak-anak peneroka Felda. Mereka kini sudah berpelajaran tinggi dan boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.


Janganlah dek kerana kepentingan politik sanggup membohongi anak-anak peneroka Felda. Terlalu banyak dosa-dosa yang telah dilakukan demi mengejar jawatan dan kepentingan politik.


Saya juga generasi kedua Felda, tahu yang mana benar dan yang mana palsu. Saya tahu segala-galanya dalam Felda ini.


KEPADA Saudara Mazlan Aliman, kalau nak berjuang demi kepentingan generasi kedua Felda , berjuanglah dengan tulus ikhlas dan bukannya memperalatkan anak-anak peneroka demi mengejar kepentingan politik.


SEDARLAH wahai Saudara Mazlan Aliman....kalau tidak ada FELDA dimanakah agaknya golongan Melayu yang tidak bertanah dan berharta yang menjadi peneroka Felda sekarang ini berada ?.



FIKIR-FIKIRKANLAH..........BERTAUBATLAH DEMI KEBAIKAN GENERASI KEDUA FELDA.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan