PENEROKA FELDA MENINGGAL DUNIA,FELDA SUMBANG RM 1O,OOO.
Alangkah beruntungnya menjadi peneroka Felda sekarang ini. Felda bukan sahaja membantu peneroka meningkatkan taraf hidup dari segi ekonomi dan pendidikan anak-anak bahkan mati pun masih lagi Felda memberi bantuan.
Sebagaimana yang kita ketahui, Felda telah menubuhkan khairat kematian bagi warga peneroka seluruh negara secara percuma. Setiap peneroka yang meninggal dunia akan diberi sumbangan kepada warisnya sebanyak RM10,000.00.
RM3,000.00 dibayar terus untuk urusan pengebumian dan bakinya akan dibayar setelah selesai urusan melengkapkan dokumen-dokumen yang perlu.
Inilah kelebihan yang ada pada masyarakat Felda yang tidak ada pada masyarakat luar Felda.
Apa yang dilaung-laungkan oleh pembangkang yang menyatakan Felda tidak menjaga kebajikan peneroka hanyalah satu hasutan demi mengejar kepentingan diri dan kuasa.
Kepada seluruh warga Felda di Dun Tenang, yakinlah apa yang dilakukan oleh kerajaan kepada masyarakat Felda adalah untuk membantu rakyatnya yang suatu ketika dulu hidup dalam kesusahan dan tanpa harta agar menjadi warga yang berharta dan bermaruah.
Sememangnya Felda adalah Hujan Emas. Jangan percaya dengan Mazlan Aliman, orang Johor sendiri tidak suka dia.
BalasPadam