DATUK SERI NAJIB BERTEMU DENGAN SEMUA AHLI PARLIMEN BN.
Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan semua Ahli Parlimen BN adalah bertujuan memberitahu yang harus dilakukan dan mengetahui pandangan mereka serta situasi di setiap kawasan Parlimen mereka.
Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib sangat baik bagi mengetahui sendiri pandangan dan masalah Ahli Parlimen. Apapun mereka perlu melaporkan perkara yang sebenar kerana Datuk Seri juga mempunyai maklumat yang tersendiri.
OLEH ITU, SEWAJARLAH JUGA SEMUA MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI mengikut langkah yang sama dengan memanggil semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi mendengar dan mendapat pandangan berkenaan kawasan masing-masing.
Jika semua pihak melaksanakan sepertimana Datuk Seri Najib lakukan, kita yakin dan percaya BN tetap akan menjadi pilihan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan