SELAMAT SEJAHTERA

Selasa, 13 Oktober 2009

SIAPA YANG TIDAK BERMORAL ?.













NIK AZIZ DAN NIZAR TUDUH TAN SRI ISA TIDAK BERMORAL.

KOTA BHARU – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kelmarin dianggap sebagai tidak bermoral kerana calon yang dipilih memiliki rekod lampau yang tidak baik. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, walaupun calon BN, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berjaya menewaskan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar namun kemenangannya itu akan membebankan BN dan UMNO.

IPOH - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Bagan Pinang kelmarin sebagai 'kemenangan rasuah'. Beliau berkata, soal kekalahan calon Pas tidak menjadi masalah kerana adat pertandingan, tetapi moral kemenangan itu memperlihatkan pengundi tidak mengambil kisah mengenai latar belakang wakil rakyat walaupun pernah terlibat dengan politik wang.

Ulasan Hujan emas:

Kekalahan PAS di pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang memberi berbagai alasan oleh kepimpinan PAS dan Pakatan mereka. Mereka tetap menyalahkan orang lain di atas kekalahannya. Berbeza dengan BN yang angkur dengan keputusan dan mengakui kelemahannya.

Di Bagan Pinang, PAS menuduh pengundi memilih pemimpin yang tidak bermoral iaitu Tan Sri Isa Samad.

Hujan emas hendak mengajak pemimpin PAS,PKR dan DAP untuk menilai siapakah yang sebenarnya tidak bermoral.

Kita cuba bandingkan diantara Tan Sri Isa Samad dengan Dato Anuwar Ibrahim, siapakah diantara mereka berdua yang lebih teruk moralnya?.

Oleh itu, sebelum kita membuat tuduhan terlebih dahulu kita tengok diri kita , jangan disebabkan kita hendak menutup kelemahan kita , maka kita letakkan kesalahan pada orang lain.

SEDARLAH, WAHAI PEMIMPIN PAS, Rakyat sudah sedar penipuan dan lakonan yang dimainkan oleh PAS,PKR dan DAP.

Di Bagan Pinang, Rakyat sudah mulakan langkah pertama untuk menghukum PAS,DAP dan PKR yang memperalatkan rakyat untuk kepentingan peribadi.


KITA SAMA-SAMA TUNGGU APA YANG AKAN BERLAKU SELEPAS INI. SIFAT GANAS DAN SAMSENG YANG ADA PADA PAS, DAP DAN PKR TELAHMEMBUAT RAKYAT SEMAKIN MEMBENCI.

Kepada pengikut parti yang menyesatkan rakyat ini, kembalilah kepada yang benar demi KEPENTINGAN BANGSA, AGAMA DAN NEGAR.

FIKIR-FIKRKANLAH.

1 ulasan:

  1. Biar lah pak lobai berjanggut sejemput dan telah nyanyok tu serta blogger upahan mereka dengan kerenah mereka..kita teruskan bekerja untuk menjahanamkan mereka dan menyedarkan rakyat siapa sebenarnya puak-puak ini.

    Kepada pemimpin umno..waktu kempen telah habis ..so sekarang waktu untuk bekerja dan mendampingi para pengundi kalian..ambil tau dan selesaikan masalah mereka sebab sekiranya kalian cuma mendampingi pengundi secara bermusim ..tidak mustahil kalian akan disepak keluar pada pilihanraya yang akan datang..rakyat sekarang ini bukan boleh ditarik hidung dan yesman lagi..mereka sudah boleh melihat dan menilai pemimpin yang mereka pilih...so waspada laa dan bekerja lah dengan jujur dan amanah keatas pengundi yang telah memilih kalian untuk mewakili kelompok mereka.

    BalasPadam