Nik Aziz akur silap strategi
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan faktor kesilapan strategi menyebabkan parti itu tewas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, baru-baru ini. Dalam masa sama, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas menghadapi kesukaran menembusi kawasan Bagan Pinang yang masyarakatnya masih lagi tidak terdedah dengan perjuangan parti tersebut. “Boleh jadi, (silap strategi) orang Negeri Sembilan tidak biasa dengan Pas. Contohnya, rumah yang saya pergi tidak tahu apa itu Pas, yang dia kenal Pas ini ganas,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK 2009) Peringkat Negeri Kelantan, di sini semalam.
Ulasan Hujan emas:
Kekalahan PAS di Bagan Pinang menimbulkan berbagai - bagai kenyataan samada dari BN dan juga PAS. Yang terbaru apa yang dipaparkan kenyataan Nik Aziz yang menyatakan pengundi Bagan Pinang tidak kenal PAS sebab itulah PAS kalah dan juga kerana ada ugutan oleh BN.
Sebenarnya Nik Aziz patut sedar, bukannya pengundi Bagan Pinang tidak kenal PAS tapi mereka sebenarnya tidak boleh menerima PAS kerana beberapa sebab antaranya ialah:
1. PAS sebenarnya bukan berjuang untuk Agama tapi berjuang memperalatkan Agama.
2. Pemimpin PAS hanya tahu membuat fitnah dan memaki hamun orang.
3. Penyokong PAS tidak berjiwa sebagai orang melayu Islam yang sebenarnya.
4. PAS telah diperalatakan oleh DAP dan PKR.
5. Pengikutnya diasuh dan dilatih supaya bersikap samseng dan biadap.
Inilah sebahagian sebab utama kenapa pengundi Bagan Pinang menolak PAS, bukan kerana orang tak kenal PAS.
Alasan kedua yang ditomahkan oleh Nik Aziz ialah kerana ada ugutan oleh pihak BN, apakah Negara kita ini tidak ada undang-undang ?. Kenapa Nik Aziz tidak membuat laporan polis sekiranya ada puak PAS diugut oleh orang BN?.
Oleh itu, sepatutnya Nik Aziz menerima secara terbuka kekalahan ini dan tidak menyalahkan orang lain. Pengundi dan rakyat sudah mulai sedar perilaku kumpualan pakatan rakyat ini yang hanya untuk memperalatkan rakyat demi mencapai cita-cita politik mereka.
PAS perlu memikirkan semula perjuangan dan pakatan mereka dengan kumpulan yang menolak Islam. Jadilah pemimpin Islam yang sebenarnya bukan hanya menggunakan Agama untuk kepentingan politik kepartian.
BERUBAHLAH WAHAI PEMIMPIN PAS SEBELUM KAMU DIUBAH.
Betulkah pengakuan Nicko tu. Rumah yang dia pergi "tak kenal Pas, yang dia tahu Pas itu ganas."
BalasPadamTang itu memang betul pun. Pasti di Kg hamba dulu pun anak kecil diajar memijak gambar2 pemimpin pemimpin dan memakinya. Jadi ganaslah budak budak yang diasuh dengan kebencian begitu.
Tetapi yang lebih besarnya Pas yang ada hari ini sudah menjalani pembedahan plastik dan rupanya memang berlain sama sekali. Dah nampak macam muka Karpal Sign yang juga memakai serban (cara dia laa). Pengikut pula mukanya nampak keroh dan mengancam Lim Kit Siang je.
Sepatutnya mereka suka pada Pas tu sebab Nicko kan menjadi pembela dan pembersih bagi.... siapa namanya heroin telanjang tu ? ..........
guna dua2 telinga tu..jgn guna satu je...jd orang cerdik yg guna otak bkn emosi smsa menilai..blajar agama dlm2
BalasPadamMelayu patut bersatu...dan jangan berpecah belah dan membiarkan orang lain memijak kepala kita sewenangnya...jangan biar Negara kita dijajah lagi..
BalasPadam