SELAMAT SEJAHTERA

Ahad, 31 Oktober 2010

PRK GALAS : SIAPAKAH SELEPAS NIK AZIZ ?.


GAMBAR NIK AZIZ LEBIH BANYAK DARIPADA CALUN.

Kempen Pilihanraya Dun Galas tidak sebegitu meriah kalau hendak dibandingkan dengan PRK sebelumnya. Ceranah-ceramah yang diadakan oleh Pas juga tidak mendapat sambutan yang baik dan bagi Barisan Nasional pedekatan cara berkempen juga berbeza dengan tempat lain.


Apa yang menarik di Galas ini ialah persaingan pemasangan banner, bendera dan gambar oleh kedua-dua parti yang bertanding yang boleh menceriakan sedikit suasana Pilihanraya kecil ini.


Agak menghairankan adalah gambar Nik Aziz lebih banyak dipasang kalau dibandingkan dengan gambar calun PAS. Seolah-olah Nik Aziz yang bertanding dan bukannya Dr Zulkifli.


Begitu taksubnya orang Pas kepada Nik Aziz dan bagi mereka NIK AZIZ lebih penting daripada PAS dan Nik Aziz adalah segala-galanya.


PERSOALANNYA ?. Sekiranya Nik Aziz bersara atau sebaliknya, SIAPAKAH agaknya yang akan mengantikan tempat beliau ?.

Sememangnya ramai dikalangan pemimpin Pas Kelantan yang berangan-angan nak menggantikan tempat beliau TETAPI siapakah yang layak ?


APAKAH MUNGKIN PEREBUTAN JAWATAN DALAM PAS AKAN BERLAKU SEPERTI DALAM PKR DAN PERPECAHAN PAS AKAN BERMULA ?.

PRK GALAS : BN " DIKATA TETAP DIKOTA"



BUKTI SLOGAN : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak membuktikan apa yang DIKATA TETAP DIKOTA dan dapat membezakan antara hubungan politik dengan hubungan sesama INSAN.


Slogan RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN benar- benar diterjemahkan oleh Beliau.

PRK DUN GALAS : PAS AKAN BAGI DUIT ?. TAK RASUAH KE ?.



KOS BALIK MENGUNDI DISEDIAKAN .

Pengarah Jentera Pas bagi PRK Dun Galas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menyatakan "Pas akan menanggung kos pengangkutan pengundi Pilihanraya Dun Galas termasuk yang berada di Luar Negeri Kelantan untuk balik mengundi pada 4 November nanti.Kadar bayaran sebanyak RM250.00 kepada pengundi luar seramai 1,557 ".


PERSOALANNYA. Adakah PERKARA INI tidak termasuk dalam kategori RASUAH ?.

PIALA MALAYSIA : TAHNIAH TAN SRI ANUAR MUSA



PIALA MALAYSIA : BUKTI PEMIMPIN UMNO HEBAT.


Kejuaraan Piala Malysia sudah dimilik oleh Pasukan Bolasepak Kelantan dan terbukti pemimpin UMNO bukan sahaja boleh menjadi pemimpin politik bahkan sebagai pemimpin sukan juga hebat.


Tan Sri Anwar Musa telah membuktikannya bahawa pemimpin UMNO sememangnya hebat kalau diberi peluang sebagai pemimpin.


Kejuaraan Paila Malaysia ini bukan sahaja hadiah untuk rakyat Kelantan bahkan kepada pengundi Dun Galas bagi membuktikan bahawa pemimpin Barisan Nasional (UMNO) mampu menjadi pemimpin yang berjaya.


Oleh itu, Kepada pengundi Galas berikanlah sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calun Barisan Nasional yang terbukti sebagai pemimpin yang berjaya.

Sabtu, 30 Oktober 2010

PRK DUN GALAS : PAS AKAN BAWA PENGUNDI HANTU ?.



DOA NIK AZIZ DI SG BAKAT, NIBONG TEBAL: 27 MEI 1999


" Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS "


Adakah pengundi hantu akan menjelma di PRK Dun Galas nanti ?.


Kalau ada dari mana hantu-hantu ini datang ?.

Jumaat, 29 Oktober 2010

PRK DUN GALAS : MENARA WARISAN



PAKATAN RAKYAT BANTAH BINA .


Anwar mempertikaikan cadangan pembinaan MENARA WARISAN yang dicadangkan oleh YAB PM dan menjadi topik utama dalam ceramah di prk Dun Galas.


Pada hakikat sebenarnya mereka tahu bahawa pentingnya Menara Warisan itu di bina. TETAPI dek kerana kepentingan politik mereka sanggup mengelirukan rakyat.


Begitu juga sewaktu Tun Mahathir bercadang membina PUTRAJAYA, mereka juga bantah menuduh Kerajaan membazir duit, TETAPI sekarang mereka pula yang bercita-cita untuk menduduki Putrajaya.


Inilah putar belit yang dimainkan oleh puak Pembangkang demi kepentingan politik mereka.


PAKATAN PKR DAN DAP TANPA PAS.



PERJANJIAN PKR DAN DAP
TANPA PENGENTAHUAN PAS.



PKR dan DAP membuat perjanjian sulit tanpa PAS bagi memerintah 3 negeri jika Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya.