SELAMAT SEJAHTERA

Sabtu, 23 Oktober 2010

1,500 BUAH RUMAH UNTUK RAKYAT GUA MUSANG.



BARISAN NASIONAL PERIHATIN.

Permasalahan rakyat Gua Musang tidak pernah diabaikan oleh Kerajaan Pusat (Barisan Nasional ) terutama mereka yang tidak mempunyai rumah.

Kerajaan Pusat (BN) akan membina sebanyak 1,500 unit rumah kos rendah untuk rakyat berpendapatan rendah di Gua Musang. Harga sebuah rumah adalah RM 33,000 hingga RM 35,000 seunit.

Bantuan ini jelas membuktikan bahawa Kerajan BN tetap membantu rakyat tidak kira fahaman politik tidak seperti Kerajaan Pas Kelantan yang hanya membantu kroni mereka sahaja.

KEPADA PENGUNDI DUN GALAS, Gunakanlah kesempatan yang ada pada PRK Dun Galas bagi memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional supaya lebih mudah Kerajaan Pusat (BN) menyalurkan bantuan.

FIKIR-FIKIRKANLAH.

DUN GALAS : SOKONGAN KEPADA BN SEMAKIN MENINGKAT


BN SEMAKIN DITERIMA.


Menjelang PRK Dun Galas yang akan diadakan pada 4 November ini, Gerak kerja jentera parti sudah bermula. Pas telah mengumumkan calon yang akan bertanding pada PRK Dun Galas nanti.


Walaupun Barisan Nasional belum lagi mengumumkan calonnya tetapi jentara parti telah memulakan tugas menawan hati pengundi . Dari apa yang di lihat sokongan pengundi kepada BN semakin baik. Terdapat satu dua kawasan tidak ada langsung bendera Pas dipasang melainkan yang kelihatan hanyalah bendera BN.


Antara sebab peningkatan sokongan pengundi kepada BN adalah kerana janji-janji yang dibuat oleh Pas Kelantan semasa pilihanraya umum ke 12 terutama kepada golongan miskin belum lagi ditunaikan. Apa yang dilaksanakan ialah menjaga kroni dan sahabat handai mereka sahaja.


OLEH ITU, Kepada semua pengundi Dun Galas , gunakanlah kuasa yang ada pada PRK Dun Galas ini dengan memberi undi kepada Barisan Nasional (BN) yang jelas membantu rakyat tanpa menggira fahaman politik.

Khamis, 21 Oktober 2010

PAS TIDAK ADA CALON YANG BERWIBAWA





PAS UMUM CALON PRK DUN GALAS.


Malam tadi Pas telah mengumumkan calon yang bakal bertanding di PRK Dun Galas nanti iaitu Dr Zulkifli Mohamad, Tim Yang Dipertua Pas Kawasan Gua Musang.


Inilah calon yang terbaik sandaran Pas untuk menang di Galas. Pengumuman malam tadi juga memberi sedikt sebanyak kekecewaan kepada pemimpin Pas yang lain seperti Ketua Dewan Pemuda Pas dan Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Gua Musang. Paling mengecewakan adalah golongan orang asli yang mengharapkan pemimpin mereka akan dipilih menjadi calon Galas sebagaimana yang diwar-warkan oleh Nik Aziz.


Sebenarnya Pas tidak ada calon yang lebik baik bagi bertanding di Dun Galas ini dan terpaksa meletakkan Dr Zulkifli walaupun beliau sudah dua kali tewas dipilihanraya umum.


Inilah satu-satunya calon yang terbaik dan Pas juga menyedari bahawa pengundi di Gua Musang menolak calon ini dalam pilihanraya yang lepas.


OLEH ITU, Kepada Pengundi di Du Galas, kalau di pilihanraya umum yang lalu calon ini bukan pilihan, maka sekali lagi di PRK Dn Galas ini sewajarnya calon Pas ini ditola sekali lagi dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional yang sudah terbukti boleh berbakti kepada rakyat dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Najib.


FIKR-FIKRKANLAH.............

KERAJAAN PAS KELANTAN RAMPAS TANAH RAKYAT.


PAS KELANTAN PENTINGKAN SYARIKAT SWASTA.


Kerajaan PAS Kelantan telah merampas lebih kurang 30,000 hektar tanah yang telah diusahakan oleh rakyat di Gua Musang.

Tindakan Kerajaan mengambil tanah tersebut itu dan diberikan kepada syarikat swasta luar Kelantan bagi membangunkan sebagai " Ladang Rakyat" telah menjejaskan masa depan penduduk setempat yang telah mengusahakan pelbagai tanaman di situ lebih dari dua dekad.

Dimanakah janji Nik Aziz ketika mula menerajui Kelantan selepas pilihanraya umum 1990 membenarkan rakyat meneroka tanah kerajaan bagi tujuan pertanian kerana menganggapkan tanah itu tanah Tuhan.

KENAPA JANJI ITU TELAH DILUPAKAN SEKARANG INI ?.


Kepada pengundi DUN Galas, janganlah mudah terpedaya dengan janji manusia seperti ini yang mengutamakan jawatan dan membelakangkan kepentingan rakyat.


FIKIRKANLAH UNDI KITA KEPADA PAS akan menyebabkan ada rakyat yang menderita.

Rabu, 20 Oktober 2010

KERAJAAN PAS KELANTAN MUNGKIR JANJI.















JANJI PILIHANRAYA UMUM KE 12 BELUM DITUNAIKAN.


Janji yang diungkirkan oleh Kerajaan PAS Kelantan semasa kempen pilihanraya umum ke 12 kepada penduduk setinggan di Kg Cabang 4 Kundor, Gua Musang masih belum di tunaikan sehingga hari ini.

Kerajaan PAS telah berjanji kepada penduduk tersebut bahawa mereka akan diberikan tanah tapak rumah di Kg Tanah Puteh berhampiran Pej Timbang JPJ jalan Kuala Lipis.


Apa yang jelas, tanah tersebut bukan di agihkan kepada penduduk setinggan yang miskin tetapi dimiliki oleh golongan yang mewah dan kaya.


Inilah sebuah kerajaan yang mengatakan perjuangkan Islam TETAPI sebenarnya memperalatkan Agama untuk kepentingan peribadi dan janji kepada rakyat diabaikan.


Kepada penduduk DUN Galas, janganlah mudah terpedaya dengan janji -janji pemimpin PAS yang hanya pandai berjanji tetapi tidak pandai menunaikannya.


OLEH ITU, Kepada pengundi DUN Galas, pilih Barisan Nasional (BN) yang sentiasa bertanggungjawab dan tetap menunaikan janjinya kepada rakyat.


FIKIR-FIKIRKANLAH.

Selasa, 19 Oktober 2010

20 TAHUN PAS MEMERINTAH KELANTAN



TEMPAT LETAK KERETA (PARKING) DI GUA MUSANG MAHAL


Saya agak terkejut apabila berada di Bandar Gua Musang terpaksa membayar harga yang tinggi untuk meletak kenderaan (parking) di bandar ini. Kadar yang terpaksa dibayar adalah 80 sen / jam.

Harga tersebut sememangnya tinggi kalau dibandingkan dengan bandar lain yang lebih besar seperti bandar Kuantan, Pahang.

PERSOALANNYA?. Kenapa Kerajaan Negeri (PAS) mengenakan kadar bayaran yang sebegitu tinggi sedangkan PAS melaung-laungkan menjaga kepentingan rakyat dan apakah ini yang dibanggakan setelah 20 tahun memerintah Kelantan?.

Kepada Rakyat di Gua Musang terutama yang berada di DUN Galas harus memikirkan sedalam-dalamnya, Apakah Kerajaan PAS benar-benar menjaga kepentingan rakyat atau membebankan rakyat?.

OLEH ITU, pengundi di DUN Galas sewajarnya membuat perubahan kalau ingin melihat bandar Gua Musang bertanbah maju terutama di Dun Galas .


Kepada Pengundi DUN Galas mesti memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN)pada pilihanraya kcil Dun Galas Nanti. Kerajaan BN sememangnya benar-Benar membela kepetingan rakyat buktinya jelas terdapat begitu banyak kemudahan asas dibina sebagaimana terbinanya sebuah hospital yang begitu canggih.


FIKIR- FIKIRKANLAH.









Khamis, 7 Oktober 2010

DARJAT KU LI LEBIH TINGGI DARIPADA NIK AZIZ


















NIK AZIZ MENYIFATKAN MERENDAHKAN DARJAT KU LI.
Isu Pilihanraya kecil Dun Galas menarik perhatian semua pihak. Paling menarik ialah apabila PAS mempertikaikan calon BN yang bakal bertanding di DUN Galas nanti iaitu YB Mulia Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang.
Nik Aziz yang menyifatkan cadangan menamakan Tengku Razaleigh sebagai calon BN pada pilihan Raya Kecil DUN Galas sebagai tidak wajar kerana ia merendahkan darjat pemimpin berkenaan.

Ini bermakna darjat Nik Aziz adalah lebih rendah daripada Ku Li kerana beliau (Nik Aziz) hanya bertanding di peringkat DUN sahaja.Kalau inilah tanggapan Nik Aziz, maka pakatan pembangkang juga telah merendahkan darjat Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin yang bertanding dan menjadi DUN serta Ahli Parlimen sekali gus.

HAKIKAT SEBENARNYA............Sememangnya PAS mula takut apabila BN telah melantik Tengku Razaleigh sabagai Pengarah Pilihan Raya kecil bagi BN dan ketakutan itu semakin menyerlah apabila TPM sendiri bersetuju menamakan Ku Li sebagai calon BN di pilihan Raya Kecil DUN Galas nanti.

Nik Aziz lebih mengentahui kekuatan Ku Li di DUN Galas dan di atas kekuatan ltulah maka Nik Aziz cuba masuk campur dalam urusan BN bagi manghadapi Pilihan Raya kecil ini agar PAS akan dapat mempertahan DUN Galas ini nanti.

Oleh itu, kepada Nik Aziz tidak perlulah masuk campur urusan BN, tumpulah perhatian kepada calon PAS dan tunggulah isu Royalti dan wang ehsan yang mana akan dipilih oleh pengundi di DUN Galas nanti.

KEPADA PENGUNDI DUN GALAS........... Pilihlah BN yang telah terbukti dapat membela rakyat. Semuga DUN Galas lebih maju selepas ini.