SELAMAT SEJAHTERA

Isnin, 13 Disember 2010

30,000 PEMUDA PAS BAKAL DIPERALATAKAN.



30,000 PEMUDA BERKAMPUNG DI KEDAH.

Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan 30 ribu pemuda bagi mengumpulkan jentera pemuda berdepan Pilihan Raya Umum ke 13. Himpunan tersebut dijadualkan diadakan pada 19 Februari tahun hadapan bertempat di negeri Kedah.

SEBENARNYA Pemuda Pas hanya menjadi alat kepada pemimpin - pemimpin mereka yang gilakan kuasa dan jawatan. Tenaga mereka digunakan untuk meraih undi dan sokongan daripada pengundi sedangkan golongan mereka tidak diberi tempat apabila berlaku pilihan raya.


Contoh yang terbaru ialah Pilihan Raya Kecil Dun Galas, Gua Musang, apabila Pas memilih calon yang sudah dua kali tewas dalam pilihanraya. Sepatutnya Pas meletakan calon dikalangan pemuda di PRK tersebut. Oleh kerana pemimpin Pas hanya perlukan tenaga sahaja dari pemuda maka calon dikalangan mereka diabaikan.


Inilah perjuangan sebenar pemimpin Pas, memperalatakan golongan muda demi kepentingan mereka.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan