SELAMAT SEJAHTERA

Selasa, 19 Oktober 2010

20 TAHUN PAS MEMERINTAH KELANTAN



TEMPAT LETAK KERETA (PARKING) DI GUA MUSANG MAHAL


Saya agak terkejut apabila berada di Bandar Gua Musang terpaksa membayar harga yang tinggi untuk meletak kenderaan (parking) di bandar ini. Kadar yang terpaksa dibayar adalah 80 sen / jam.

Harga tersebut sememangnya tinggi kalau dibandingkan dengan bandar lain yang lebih besar seperti bandar Kuantan, Pahang.

PERSOALANNYA?. Kenapa Kerajaan Negeri (PAS) mengenakan kadar bayaran yang sebegitu tinggi sedangkan PAS melaung-laungkan menjaga kepentingan rakyat dan apakah ini yang dibanggakan setelah 20 tahun memerintah Kelantan?.

Kepada Rakyat di Gua Musang terutama yang berada di DUN Galas harus memikirkan sedalam-dalamnya, Apakah Kerajaan PAS benar-benar menjaga kepentingan rakyat atau membebankan rakyat?.

OLEH ITU, pengundi di DUN Galas sewajarnya membuat perubahan kalau ingin melihat bandar Gua Musang bertanbah maju terutama di Dun Galas .


Kepada Pengundi DUN Galas mesti memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN)pada pilihanraya kcil Dun Galas Nanti. Kerajaan BN sememangnya benar-Benar membela kepetingan rakyat buktinya jelas terdapat begitu banyak kemudahan asas dibina sebagaimana terbinanya sebuah hospital yang begitu canggih.


FIKIR- FIKIRKANLAH.









3 ulasan:

  1. Taka kan awak tak tahu selama ini PAS hanya menjaga kepentingan tok guru dan kroninya sahaja.... tinggalkan PAS

    BalasPadam
  2. Baru 80 sen dah rasa mahal ke..awak tak kesian ke kat negeri miskin macam Kelantan..apa pun tolong ikut blok aku juga ya...

    BalasPadam
  3. Mohon promosi di blog anda. Terima kasih.

    - Galas untuk BN -

    BalasPadam