SELAMAT SEJAHTERA

Selasa, 27 April 2010

PKR DAKWA BN BELI UNDI




BN TIDAK BELI UNDI - PM
Keputusan PRK Hulu Selangor telah dimenangi oleh BN dengan majoriti 1725. Jentera BN termasuk YAB PM cukup gembira dengan kemenangan ini. Kejayaan ini akan menaikkan semangat dan memberikan harapan baru bagi memperkukuhkan BN untuk masa depan.
TAPI kita juga sudah menduga berbagai alasan dan tuduhan akan dilemparkan oleh puak PR apabila mereka tidak memenangi dalam mana-mana pilihanraya.
Di Hulu Selangor , BN dituduh membeli undi pengundi Hulu Selangor.
Apa yang perlu kita lihat dan renung bersama adalah apakah maruah pengundi Hulu Selangor boleh dibeli dengan wang ringgit.
Adakah mereka sanggup memberi undi kepada BN jika dibayar dengan wang ringgit ?.
Janganlah kita meletak maruah dan harga diri pengundi Hulu Selangor begitu rendah sekali. Jangan disebabkan mereka tidak memberi undi kepada kita maka kita menuduh mereka telah disuap dengan wang ringgit.
Apa yang dibuat oleh BN dan kerajaan adalah segalanya kehendak rakyat dan pengundi di kawasan tersebut. mereka mahu masalah mereka didengar dan diselesaikan. MAKA kerajaan mendengar keluhan mereka dan bertepatan dengan gagasan 1MALAYSIA " Rakyat didahulukan Pencampaian diutamakan.
Lagi pun kita perlu faham , selama ini dibawah pemerintahan PKR selepas PRU ke 12, tidak ada apa yang dilakukan oleh PKR bagi meyelesaikan masalah mereka.
Apabila berlaku pilihanraya kecil, maka kerajaan datang mendengar keluhan mereka dan selesaikan apa yang boleh diselesaikan. Kerajaan laksanakan projek yang diperlukan oleh orang ramai dan bukannya membeli maruah mereka.
Oleh itu, kita berharap kepada semua rakyat Malaysia , sama-sama kita menilai dan membuat pertimbangan yang waras bagi membandingkan antara kerajaan BN dengan puak PR , yang manakah benar-benar berjuang untuk membela rakyat dan yang manakah yang hendak menghancurkan Negara kita ini.

2 ulasan:

  1. Memanglah kena beli jiwa pengundi.....macam pembangkang juga, kalau tidak masakan Nik Ajis berani berjanji kalau undi PAS boleh masuk syuuuuuuurga.........

    BalasPadam
  2. Betul kat Yang Gambi ..pembangkang janji kotak kosong tapi umno janji kata dikota ..bila gajah depan mata dan 4 juta ..PAS PKR tidak Nampak Tapi KUman punyalah kicil..jauh depa nampak. Sultan selangor pun Nik x npak..pada Sultan selangor lagi Dia kurang ajar..inilah etika tok aziz ...sembah kita kepada Allah yang sama sunnah kita ikut nabi bukan nik aziz ...tinggalkan saja..aman damai malaysia

    BalasPadam