SELAMAT SEJAHTERA

Selasa, 26 Mei 2009

Usaha hidupkan komunisme


Usaha hidupkan komunisme

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

SUBANG 26 Mei – Kementerian Pertahanan mengesahkan terdapat beberapa kumpulan di negara ini dikesan cuba menghidupkan ideologi dan nilai-nilai komunisme.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, gerakan itu kini dipelopori badan-badan tidak berdaftar dan tidak kurang juga dari kalangan parti politik.

“Ada semacam usaha yang berbau komunis cuba dihidupkan oleh badan-badan yang tidak berdaftar dan kami dapat hidu. Ada juga yang cuba menghidupkannya melalui parti politik,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke beberapa kemudahan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengenai penyebaran sentimen komunisme di negara ini yang disuarakan beberapa pihak.

Menurut Rais, beliau bimbang kerana sesetengah pihak kini didapati cuba membangkitkan sentimen itu di media cetak dan blog melalui isu membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng kembali ke negara ini.

“Inilah yang kita anggap satu kedurjanaan, unsur-unsur ini langsung tidak peka dengan pembunuhan beribu-ribu rakyat negara ini di tangan gerila komunis antara tahun 1948 hingga 1960 dulu. Saya yakin rakyat Malaysia tidak mudah tertipu,” katanya semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menegaskan, kementeriannya sedang bekerjasama rapat dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membendung sentimen itu daripada terus merebak.

Selain PDRM, beliau yakin dengan kecemerlangan perisikan dalam ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang disifatkannya berada pada tahap tertinggi.

Pandangan.

Marilah kita sama-sama merenung dan memikirkannya di atas atikel ini. Apakah wajar pihak-pihak tertentu yang berkepentingan politik untuk bertindak sedemikian rupa. Wahai cucu cicik bekas pejuang kemerdekaan dan kenanglah jasa Datuk nenek kita dulu yang mempertahankan Negara ini daripada ancaman Komunis. Kita mesti bangkit berjuang untuk menyekat usaha kumpulan yang berusaha membawa pulang bekas pemimipin komunis (PKM) CHIN PENG ke Malaysia. Kenapa mereka ingin melakukan perkara yang menyentuh perasaan rakyat Malaysia ini. Tidak adakah usaha lain yang boleh memberi menafaat kepada Rakyat Malaysia selain perkara ini. Oleh itu, wahai anak -anak,cucu-cick pejuang Bangsa,Agama dan Negara, ayuh kita bangkit menetang PETUALANG Negara ini. Kita ketepikan Ideologi politik demi menjaga maruah kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan