SELAMAT SEJAHTERA

Ahad, 31 Oktober 2010

PRK GALAS : SIAPAKAH SELEPAS NIK AZIZ ?.


GAMBAR NIK AZIZ LEBIH BANYAK DARIPADA CALUN.

Kempen Pilihanraya Dun Galas tidak sebegitu meriah kalau hendak dibandingkan dengan PRK sebelumnya. Ceranah-ceramah yang diadakan oleh Pas juga tidak mendapat sambutan yang baik dan bagi Barisan Nasional pedekatan cara berkempen juga berbeza dengan tempat lain.


Apa yang menarik di Galas ini ialah persaingan pemasangan banner, bendera dan gambar oleh kedua-dua parti yang bertanding yang boleh menceriakan sedikit suasana Pilihanraya kecil ini.


Agak menghairankan adalah gambar Nik Aziz lebih banyak dipasang kalau dibandingkan dengan gambar calun PAS. Seolah-olah Nik Aziz yang bertanding dan bukannya Dr Zulkifli.


Begitu taksubnya orang Pas kepada Nik Aziz dan bagi mereka NIK AZIZ lebih penting daripada PAS dan Nik Aziz adalah segala-galanya.


PERSOALANNYA ?. Sekiranya Nik Aziz bersara atau sebaliknya, SIAPAKAH agaknya yang akan mengantikan tempat beliau ?.

Sememangnya ramai dikalangan pemimpin Pas Kelantan yang berangan-angan nak menggantikan tempat beliau TETAPI siapakah yang layak ?


APAKAH MUNGKIN PEREBUTAN JAWATAN DALAM PAS AKAN BERLAKU SEPERTI DALAM PKR DAN PERPECAHAN PAS AKAN BERMULA ?.

PRK GALAS : BN " DIKATA TETAP DIKOTA"



BUKTI SLOGAN : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak membuktikan apa yang DIKATA TETAP DIKOTA dan dapat membezakan antara hubungan politik dengan hubungan sesama INSAN.


Slogan RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN benar- benar diterjemahkan oleh Beliau.

PRK DUN GALAS : PAS AKAN BAGI DUIT ?. TAK RASUAH KE ?.



KOS BALIK MENGUNDI DISEDIAKAN .

Pengarah Jentera Pas bagi PRK Dun Galas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menyatakan "Pas akan menanggung kos pengangkutan pengundi Pilihanraya Dun Galas termasuk yang berada di Luar Negeri Kelantan untuk balik mengundi pada 4 November nanti.Kadar bayaran sebanyak RM250.00 kepada pengundi luar seramai 1,557 ".


PERSOALANNYA. Adakah PERKARA INI tidak termasuk dalam kategori RASUAH ?.

PIALA MALAYSIA : TAHNIAH TAN SRI ANUAR MUSA



PIALA MALAYSIA : BUKTI PEMIMPIN UMNO HEBAT.


Kejuaraan Piala Malysia sudah dimilik oleh Pasukan Bolasepak Kelantan dan terbukti pemimpin UMNO bukan sahaja boleh menjadi pemimpin politik bahkan sebagai pemimpin sukan juga hebat.


Tan Sri Anwar Musa telah membuktikannya bahawa pemimpin UMNO sememangnya hebat kalau diberi peluang sebagai pemimpin.


Kejuaraan Paila Malaysia ini bukan sahaja hadiah untuk rakyat Kelantan bahkan kepada pengundi Dun Galas bagi membuktikan bahawa pemimpin Barisan Nasional (UMNO) mampu menjadi pemimpin yang berjaya.


Oleh itu, Kepada pengundi Galas berikanlah sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calun Barisan Nasional yang terbukti sebagai pemimpin yang berjaya.

Sabtu, 30 Oktober 2010

PRK DUN GALAS : PAS AKAN BAWA PENGUNDI HANTU ?.



DOA NIK AZIZ DI SG BAKAT, NIBONG TEBAL: 27 MEI 1999


" Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS "


Adakah pengundi hantu akan menjelma di PRK Dun Galas nanti ?.


Kalau ada dari mana hantu-hantu ini datang ?.

Jumaat, 29 Oktober 2010

PRK DUN GALAS : MENARA WARISAN



PAKATAN RAKYAT BANTAH BINA .


Anwar mempertikaikan cadangan pembinaan MENARA WARISAN yang dicadangkan oleh YAB PM dan menjadi topik utama dalam ceramah di prk Dun Galas.


Pada hakikat sebenarnya mereka tahu bahawa pentingnya Menara Warisan itu di bina. TETAPI dek kerana kepentingan politik mereka sanggup mengelirukan rakyat.


Begitu juga sewaktu Tun Mahathir bercadang membina PUTRAJAYA, mereka juga bantah menuduh Kerajaan membazir duit, TETAPI sekarang mereka pula yang bercita-cita untuk menduduki Putrajaya.


Inilah putar belit yang dimainkan oleh puak Pembangkang demi kepentingan politik mereka.


PAKATAN PKR DAN DAP TANPA PAS.



PERJANJIAN PKR DAN DAP
TANPA PENGENTAHUAN PAS.



PKR dan DAP membuat perjanjian sulit tanpa PAS bagi memerintah 3 negeri jika Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya.


Khamis, 28 Oktober 2010

DUN GALAS : SIAPA SEBENARNYA YANG ZALIM




Vs





PAS dakwa FELDA zalim tapi bagaimana pula dengan LADANG RAKYAT ?.


Perbandingan FELDA dengan LADANG RAKYAT



FELDA – Rakyat dapat tanah 10 ekar dan geran
LADANG RAKYAT – Rakyat hilang tanah


FELDA – Tanah boleh diwarisi
LADANG RAKYAT – Hanya dapat dividen RM 200.00 (utk ahli PAS).


FELDA – Kebajikan Peneroka dijaga.
LADANG RAKYAT – Rakyat tertindas tanpa pembelaan.


FELDA - Elaun sara hidup sebelum dapat hasil.
LADANG RAKYAT - Bayaran pampas an hanya janji kosong.

Rabu, 27 Oktober 2010

DUN GALAS : KAMPUNG TIDAK ADA KUBOR.



Tapak Kubor Kg Kundur yang dipohon oleh Rakyat.

Dun Galas : 20 Tahun Pas memerintah Kelantan membangun bersama Islam.

Permohonan tanah perkuboran oleh masyarakat Kg Kundur tidak diluluskan sejak lebih 10 tahun dulu. Bahkan paling menyedihkan tanah seluas 6 ekar ini telah diberikan kepada pihak lain untuk menjalankan projek tanaman sawit dan hanya lebih kurang suku ekar sahaja direzabkan untuk tanah perkuboran.
Jika berlaku kematian terpaksa menggunakan tanah perkuboran di Kg Keriting.



Adakah ini yang dikatakan Membangun bersama Islam ?.

DUN GALAS : APA PAS KELANTAN BUAT ?


TAPAK MASJID YANG TIDAK DILULUSKAN.

Dun Galas : 20 Tahun Pas memerintah Kelantan dengan slogan “membangun bersama Islam “. Permohonan tapak Masjid Kg Kundur yang dipohon lebih 10 tahun dahulu masih lagi tidak diluluskan.

Penduduk Kg Kundur dan sekitarnya terpaksa menunaikan solat Jumaat di Bandar Gua Musang atau di Kg Batu Papan.

Inilah Kerajaan Pas yang melaungkan slogan “Membangun Bersama Islam”.

Isnin, 25 Oktober 2010

PRK DUN GALAS : RAKYAT DIDAHULUKAN.


KEPERIHATINAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL TERBUKTI.

Kerajaan Barisan Nasional melalui KESEDAR membina lebih 150 unit rumah PPRT untuk rakyat miskin, setinggan dan yang tidak bertanah di Kg Tanah Putih, Dun Galas.

Keperihatinan Kerajaan Pusat bukan hanya setakat kemudahan asas yang besar-besar sahaja disediakan bahkan perkara yang kecil pun diambil perhatian.

Begitulah keperihatinan Kerajaan Barisan Nasional kepada Rakyat bukan seperti KERAJAAN PAS KELANTAN yang hanya pandai menabur janji TETAPI tidak pernah menunaikannya.

KEPADA PENGUNDI DUN GALAS , pastikan BARISAN NASIONAL (BN) AKAN MEMENANGI DI PRK DUN GALAS NANTI.

Ahad, 24 Oktober 2010

PRK Dun Galas : Haji Hadi Mengaku Kalah.


PAS TIDAK YAKIN DENGAN CALUNNYA.


Datuk Haji Abdukl Hadi Awang berkata dalam Sinar Harian bahwa Pas yang bertanding di PRK Dun Galas hanya meletak tahap sebanyak 48 peratus sahaja kepada Calon Pas ini (Dr Zulkifli).

Hadi memberi alasan bahawa Pas tidak hanya berdepan dengan UMNO tetapi berdepan Barisan Nasional (BN).

Kalau Presieden parti sendiri juga sudah tidak yakin boleh menang, maka sepatutnya Pas awal-awal lagi tarik diri demi perpaduan melayu.

SEBENARNYA : Barisan Nasional bukan hanya berdepan dan berlawan dengan Pas TETAPI berhadapan dengan KERAJAAN NEGERI KELANTAN yang menggunakan sepenuhnya jentara kerajaan Negeri bagi berkempen di Dun Galas, Gua Musang.

Kepada Pengundi -pengundi DUN Galas tidak perlulah memberi undi kepada calun Pas kerana Presiden Pas sendiri juga tidak yakin dengan calun Pas ini.

FIKIRLAH DENGAN PENUH KEINSAFAN.

Sabtu, 23 Oktober 2010

1,500 BUAH RUMAH UNTUK RAKYAT GUA MUSANG.



BARISAN NASIONAL PERIHATIN.

Permasalahan rakyat Gua Musang tidak pernah diabaikan oleh Kerajaan Pusat (Barisan Nasional ) terutama mereka yang tidak mempunyai rumah.

Kerajaan Pusat (BN) akan membina sebanyak 1,500 unit rumah kos rendah untuk rakyat berpendapatan rendah di Gua Musang. Harga sebuah rumah adalah RM 33,000 hingga RM 35,000 seunit.

Bantuan ini jelas membuktikan bahawa Kerajan BN tetap membantu rakyat tidak kira fahaman politik tidak seperti Kerajaan Pas Kelantan yang hanya membantu kroni mereka sahaja.

KEPADA PENGUNDI DUN GALAS, Gunakanlah kesempatan yang ada pada PRK Dun Galas bagi memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional supaya lebih mudah Kerajaan Pusat (BN) menyalurkan bantuan.

FIKIR-FIKIRKANLAH.

DUN GALAS : SOKONGAN KEPADA BN SEMAKIN MENINGKAT


BN SEMAKIN DITERIMA.


Menjelang PRK Dun Galas yang akan diadakan pada 4 November ini, Gerak kerja jentera parti sudah bermula. Pas telah mengumumkan calon yang akan bertanding pada PRK Dun Galas nanti.


Walaupun Barisan Nasional belum lagi mengumumkan calonnya tetapi jentara parti telah memulakan tugas menawan hati pengundi . Dari apa yang di lihat sokongan pengundi kepada BN semakin baik. Terdapat satu dua kawasan tidak ada langsung bendera Pas dipasang melainkan yang kelihatan hanyalah bendera BN.


Antara sebab peningkatan sokongan pengundi kepada BN adalah kerana janji-janji yang dibuat oleh Pas Kelantan semasa pilihanraya umum ke 12 terutama kepada golongan miskin belum lagi ditunaikan. Apa yang dilaksanakan ialah menjaga kroni dan sahabat handai mereka sahaja.


OLEH ITU, Kepada semua pengundi Dun Galas , gunakanlah kuasa yang ada pada PRK Dun Galas ini dengan memberi undi kepada Barisan Nasional (BN) yang jelas membantu rakyat tanpa menggira fahaman politik.

Khamis, 21 Oktober 2010

PAS TIDAK ADA CALON YANG BERWIBAWA





PAS UMUM CALON PRK DUN GALAS.


Malam tadi Pas telah mengumumkan calon yang bakal bertanding di PRK Dun Galas nanti iaitu Dr Zulkifli Mohamad, Tim Yang Dipertua Pas Kawasan Gua Musang.


Inilah calon yang terbaik sandaran Pas untuk menang di Galas. Pengumuman malam tadi juga memberi sedikt sebanyak kekecewaan kepada pemimpin Pas yang lain seperti Ketua Dewan Pemuda Pas dan Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Gua Musang. Paling mengecewakan adalah golongan orang asli yang mengharapkan pemimpin mereka akan dipilih menjadi calon Galas sebagaimana yang diwar-warkan oleh Nik Aziz.


Sebenarnya Pas tidak ada calon yang lebik baik bagi bertanding di Dun Galas ini dan terpaksa meletakkan Dr Zulkifli walaupun beliau sudah dua kali tewas dipilihanraya umum.


Inilah satu-satunya calon yang terbaik dan Pas juga menyedari bahawa pengundi di Gua Musang menolak calon ini dalam pilihanraya yang lepas.


OLEH ITU, Kepada Pengundi di Du Galas, kalau di pilihanraya umum yang lalu calon ini bukan pilihan, maka sekali lagi di PRK Dn Galas ini sewajarnya calon Pas ini ditola sekali lagi dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional yang sudah terbukti boleh berbakti kepada rakyat dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Najib.


FIKR-FIKRKANLAH.............

KERAJAAN PAS KELANTAN RAMPAS TANAH RAKYAT.


PAS KELANTAN PENTINGKAN SYARIKAT SWASTA.


Kerajaan PAS Kelantan telah merampas lebih kurang 30,000 hektar tanah yang telah diusahakan oleh rakyat di Gua Musang.

Tindakan Kerajaan mengambil tanah tersebut itu dan diberikan kepada syarikat swasta luar Kelantan bagi membangunkan sebagai " Ladang Rakyat" telah menjejaskan masa depan penduduk setempat yang telah mengusahakan pelbagai tanaman di situ lebih dari dua dekad.

Dimanakah janji Nik Aziz ketika mula menerajui Kelantan selepas pilihanraya umum 1990 membenarkan rakyat meneroka tanah kerajaan bagi tujuan pertanian kerana menganggapkan tanah itu tanah Tuhan.

KENAPA JANJI ITU TELAH DILUPAKAN SEKARANG INI ?.


Kepada pengundi DUN Galas, janganlah mudah terpedaya dengan janji manusia seperti ini yang mengutamakan jawatan dan membelakangkan kepentingan rakyat.


FIKIRKANLAH UNDI KITA KEPADA PAS akan menyebabkan ada rakyat yang menderita.

Rabu, 20 Oktober 2010

KERAJAAN PAS KELANTAN MUNGKIR JANJI.















JANJI PILIHANRAYA UMUM KE 12 BELUM DITUNAIKAN.


Janji yang diungkirkan oleh Kerajaan PAS Kelantan semasa kempen pilihanraya umum ke 12 kepada penduduk setinggan di Kg Cabang 4 Kundor, Gua Musang masih belum di tunaikan sehingga hari ini.

Kerajaan PAS telah berjanji kepada penduduk tersebut bahawa mereka akan diberikan tanah tapak rumah di Kg Tanah Puteh berhampiran Pej Timbang JPJ jalan Kuala Lipis.


Apa yang jelas, tanah tersebut bukan di agihkan kepada penduduk setinggan yang miskin tetapi dimiliki oleh golongan yang mewah dan kaya.


Inilah sebuah kerajaan yang mengatakan perjuangkan Islam TETAPI sebenarnya memperalatkan Agama untuk kepentingan peribadi dan janji kepada rakyat diabaikan.


Kepada penduduk DUN Galas, janganlah mudah terpedaya dengan janji -janji pemimpin PAS yang hanya pandai berjanji tetapi tidak pandai menunaikannya.


OLEH ITU, Kepada pengundi DUN Galas, pilih Barisan Nasional (BN) yang sentiasa bertanggungjawab dan tetap menunaikan janjinya kepada rakyat.


FIKIR-FIKIRKANLAH.

Selasa, 19 Oktober 2010

20 TAHUN PAS MEMERINTAH KELANTAN



TEMPAT LETAK KERETA (PARKING) DI GUA MUSANG MAHAL


Saya agak terkejut apabila berada di Bandar Gua Musang terpaksa membayar harga yang tinggi untuk meletak kenderaan (parking) di bandar ini. Kadar yang terpaksa dibayar adalah 80 sen / jam.

Harga tersebut sememangnya tinggi kalau dibandingkan dengan bandar lain yang lebih besar seperti bandar Kuantan, Pahang.

PERSOALANNYA?. Kenapa Kerajaan Negeri (PAS) mengenakan kadar bayaran yang sebegitu tinggi sedangkan PAS melaung-laungkan menjaga kepentingan rakyat dan apakah ini yang dibanggakan setelah 20 tahun memerintah Kelantan?.

Kepada Rakyat di Gua Musang terutama yang berada di DUN Galas harus memikirkan sedalam-dalamnya, Apakah Kerajaan PAS benar-benar menjaga kepentingan rakyat atau membebankan rakyat?.

OLEH ITU, pengundi di DUN Galas sewajarnya membuat perubahan kalau ingin melihat bandar Gua Musang bertanbah maju terutama di Dun Galas .


Kepada Pengundi DUN Galas mesti memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN)pada pilihanraya kcil Dun Galas Nanti. Kerajaan BN sememangnya benar-Benar membela kepetingan rakyat buktinya jelas terdapat begitu banyak kemudahan asas dibina sebagaimana terbinanya sebuah hospital yang begitu canggih.


FIKIR- FIKIRKANLAH.









Khamis, 7 Oktober 2010

DARJAT KU LI LEBIH TINGGI DARIPADA NIK AZIZ


















NIK AZIZ MENYIFATKAN MERENDAHKAN DARJAT KU LI.
Isu Pilihanraya kecil Dun Galas menarik perhatian semua pihak. Paling menarik ialah apabila PAS mempertikaikan calon BN yang bakal bertanding di DUN Galas nanti iaitu YB Mulia Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang.
Nik Aziz yang menyifatkan cadangan menamakan Tengku Razaleigh sebagai calon BN pada pilihan Raya Kecil DUN Galas sebagai tidak wajar kerana ia merendahkan darjat pemimpin berkenaan.

Ini bermakna darjat Nik Aziz adalah lebih rendah daripada Ku Li kerana beliau (Nik Aziz) hanya bertanding di peringkat DUN sahaja.Kalau inilah tanggapan Nik Aziz, maka pakatan pembangkang juga telah merendahkan darjat Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin yang bertanding dan menjadi DUN serta Ahli Parlimen sekali gus.

HAKIKAT SEBENARNYA............Sememangnya PAS mula takut apabila BN telah melantik Tengku Razaleigh sabagai Pengarah Pilihan Raya kecil bagi BN dan ketakutan itu semakin menyerlah apabila TPM sendiri bersetuju menamakan Ku Li sebagai calon BN di pilihan Raya Kecil DUN Galas nanti.

Nik Aziz lebih mengentahui kekuatan Ku Li di DUN Galas dan di atas kekuatan ltulah maka Nik Aziz cuba masuk campur dalam urusan BN bagi manghadapi Pilihan Raya kecil ini agar PAS akan dapat mempertahan DUN Galas ini nanti.

Oleh itu, kepada Nik Aziz tidak perlulah masuk campur urusan BN, tumpulah perhatian kepada calon PAS dan tunggulah isu Royalti dan wang ehsan yang mana akan dipilih oleh pengundi di DUN Galas nanti.

KEPADA PENGUNDI DUN GALAS........... Pilihlah BN yang telah terbukti dapat membela rakyat. Semuga DUN Galas lebih maju selepas ini.