SELAMAT SEJAHTERA

Rabu, 20 Oktober 2010

KERAJAAN PAS KELANTAN MUNGKIR JANJI.















JANJI PILIHANRAYA UMUM KE 12 BELUM DITUNAIKAN.


Janji yang diungkirkan oleh Kerajaan PAS Kelantan semasa kempen pilihanraya umum ke 12 kepada penduduk setinggan di Kg Cabang 4 Kundor, Gua Musang masih belum di tunaikan sehingga hari ini.

Kerajaan PAS telah berjanji kepada penduduk tersebut bahawa mereka akan diberikan tanah tapak rumah di Kg Tanah Puteh berhampiran Pej Timbang JPJ jalan Kuala Lipis.


Apa yang jelas, tanah tersebut bukan di agihkan kepada penduduk setinggan yang miskin tetapi dimiliki oleh golongan yang mewah dan kaya.


Inilah sebuah kerajaan yang mengatakan perjuangkan Islam TETAPI sebenarnya memperalatkan Agama untuk kepentingan peribadi dan janji kepada rakyat diabaikan.


Kepada penduduk DUN Galas, janganlah mudah terpedaya dengan janji -janji pemimpin PAS yang hanya pandai berjanji tetapi tidak pandai menunaikannya.


OLEH ITU, Kepada pengundi DUN Galas, pilih Barisan Nasional (BN) yang sentiasa bertanggungjawab dan tetap menunaikan janjinya kepada rakyat.


FIKIR-FIKIRKANLAH.

1 ulasan:

  1. Bagi PAS mungkir janji tak de hal..... yang penting laksanakan ceramah siang malam....

    BalasPadam