SELAMAT SEJAHTERA

Ahad, 31 Oktober 2010

PRK GALAS : SIAPAKAH SELEPAS NIK AZIZ ?.


GAMBAR NIK AZIZ LEBIH BANYAK DARIPADA CALUN.

Kempen Pilihanraya Dun Galas tidak sebegitu meriah kalau hendak dibandingkan dengan PRK sebelumnya. Ceranah-ceramah yang diadakan oleh Pas juga tidak mendapat sambutan yang baik dan bagi Barisan Nasional pedekatan cara berkempen juga berbeza dengan tempat lain.


Apa yang menarik di Galas ini ialah persaingan pemasangan banner, bendera dan gambar oleh kedua-dua parti yang bertanding yang boleh menceriakan sedikit suasana Pilihanraya kecil ini.


Agak menghairankan adalah gambar Nik Aziz lebih banyak dipasang kalau dibandingkan dengan gambar calun PAS. Seolah-olah Nik Aziz yang bertanding dan bukannya Dr Zulkifli.


Begitu taksubnya orang Pas kepada Nik Aziz dan bagi mereka NIK AZIZ lebih penting daripada PAS dan Nik Aziz adalah segala-galanya.


PERSOALANNYA ?. Sekiranya Nik Aziz bersara atau sebaliknya, SIAPAKAH agaknya yang akan mengantikan tempat beliau ?.

Sememangnya ramai dikalangan pemimpin Pas Kelantan yang berangan-angan nak menggantikan tempat beliau TETAPI siapakah yang layak ?


APAKAH MUNGKIN PEREBUTAN JAWATAN DALAM PAS AKAN BERLAKU SEPERTI DALAM PKR DAN PERPECAHAN PAS AKAN BERMULA ?.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan