SELAMAT SEJAHTERA

Sabtu, 24 Disember 2011

PEMIMPIN PAS RAJA PEMBOHONG.



TIPU DAYA PAS TERBOINGKAR.


Kenyataan Datuk Hassan Ali berkenan tuduhan pemimpin PAS terutama Datuk Mustaffan Ali telah menjelaskan segala-galanya tentang penbohongan pemimpin PAS.


Datuk Mustaffa Ali menuduh Datuk Hasan Ali telah dipengaruhi oleh UMNO bagi menghentam PAS.


Jelas sekali selama ini pemimpin PAS meletakkan segala apa yang berlaku dalam PAS adalah berpunca daripada UMNO merupakan PEMBOHONGAN YANG AMAT HINA.


Hari ini Dato Hassan Ali telah membuat penafian apa yang berlaku terhadapnya bukan agenda UMNO tetapi di atas kesedarannya melihat perjuangan PAS sekarang bukan seperti dulu.


KEPADA PENYOKONG PAS : SEDARLAH KAMU SEMUA TELAH DIPERDAYAKAN OLEH PEMIMPIN KAMU YANG GILAKAN KUASA DAN JAWATAN.

Selasa, 13 Disember 2011

MAZLAN ALIMAN RAJA PEMBELIT.




SIAPA PENGKHIANAT FELDA ?.



Puak PAS yang diketuai oleh Raja Pembelit Felda iaitu Mazlan Aliman telah mengadakan demotrasi aman di depan pejabat Felda jalan Semarak semalam mendesak agar Dato seri Najib mengekalkan Dato Dzulkifli Wahab sebagai Pengarah Besar Felda .



PERSOALANNYA ?.



Kenapa Mazlan Aliman bersungguh-sungguh mempertahankan Dato Dzulkifli ?.Baik sangat kah beliau dengan Dato Zul ?.Dan apakah faedahnya kepada ANAK (mazlan Aliman) jika Dato Dzul dikekalkan sebagai Pengarah Besar ?.



BUKANKAH Mazlan Aliman (ANAK) telah membuat berbagai-bagai tuduhan mengatakan Felda menipu peneroka ?. TAPI SEKARANG nak membela Dato Dzul pula.



Jelas sekali PENGKHIANAT sebenar Felda adalah Mazlan Aliman (ANAK) yang menghasut peneroka dan menipu peneroka.



KEPADA WARGA PENEROKA SEDARLAH MAINAN WAYANG DAN LAKONAN YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH MAZLAN ALIMAN.



Kita serahkan isu ini kepada YAB Dato Najib yang lebih mengentahui segala-galanya.

Ahad, 11 Disember 2011

PKR INDERAMAHKOTA BAKAL KECUNDANG.



AZAN ISMAIL TIDAK LAYAK MENENTANG DATO SRI ADNAN YAAKOB.


Ahli Parlimen Indera Mahkota mencabar YAB Menteri Besar Pahang untuk bertanding di Parlimen Indera Mahkota pada PRU 13.


Cakap besar yang dilaungkan oleh Azan Ismail ini hanyalah cakap-cakap orang tidak tahu menilai diri sendiri.


Adakah saudara Azan Ismail sedar setakat mana kehebatan dan kekuatannya ?. Adakah beliau benar-benar mengambil berat tentang pengundi di kawasan ini ?.Dan sedarkah kenapa beliau di hantar ke negeri Trengganu untuik menjadi Pengerusi PKR Trengganu ?.


Bagaimana pula hubongan beliau dengan Dato Fauzi (Pengerusi PKR Pahang ), adakah hubongan mereka berdua baik atau sebaliknya ?. Dan sekarang kenapa bekas Pengerusi PKR Pahang (sebelum Dato Fauzi) ditugaskan untuk menjaga Parlimen Indera Mahkota ?.


Saya berharap, janganlah meletakkan harapan dan angan-angan yang tinggi sangat, dulu PKR menang dalam PRU 12 bukan kerana PKR kuat tetapi UMNO/BN bermasalah tetapi sekarang BN/UMNO sudah cukup bersedia untuk menentang siapa saja pada PRU13.


Kepada Sauadar a Azan Ismail, tak usahlah nak berangan untuk menentang Dato Adnan Yaakob, Jika BN meletak Dato Wan Adnan Wan Mamat pun, saudara Azan Ismail takkan menang.


INGATLAH WAHAI PKR, SEKARANG INI BN/UMNO SUDAH BERSEDIA KE MEDAN PERANG,TUNGGU DAN LIHAT AKAN KEBANGKITAN JENTERA DAN TENTERA BN/UMNO BAGI MENGHANCURKAN PENGKHIANAT BANGSA, AGAMA DAN NEGARA.

Isnin, 14 November 2011

PELAJAR TERIMA DUIT SEKOLAH







TERBUKTI KERAJAAN BN PERIHATIN.


Seluruh Ibubapa yang mempunyai anak yang akan bersekolah pada tahun 2012 cukup gembira apabila menerima bantuan awal persekolahan RM100.00 kepada pelajar.


Seluruh sekolah mula menyerahkan wang tersebut kepada seluruh ibubapa tidak kira pangkat,darjat ,miskin ataupun kaya.

Inilah menunjukkan keperihatinan Kerajaan BN kepada rakyat, apa yang dikatakan tetap dikota.


Slogan 1Malaysia "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN " benar-benar dilaksanakan oleh YAB Perdana Menteri.


Kepada seluruh rakyat Malaysia,fahamilah bahawasanya inilah satu-satunya NEGARA dan KERAJAAN yang benar-benar menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat tidak kira apajua fahaman politik mereka.


Kepada yang menerima mungkin bagi ibubapa RM100.00 tidak begitu besar nilainya tetapi bagi anak-anak (Pelajar) cukup besar makna.

OLEH ITU, FIKIR-FIKIRKANLAH....................................

Khamis, 3 November 2011

PENEROKA FELDA DAPAT MASJID BARU.
























KEPERIHATINAN KERAJAAN BN TERBUKTI.


Masyarakat Felda sentiasa diambil perhatian oleh Kerajaan BN dan YAB PM.


Masyarakat Felda Bukit Goh cukup bertuah kerana telah mendapat sebuah Masjid baru yang bernilai lebih kurang RM3.2 juta.Semalam berlangsungnya majlis penyerahan kunci Masjid baru oleh JAIP kepada Pengerusi Masjid.


Inilah membuktikan bahawa slogan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" yang dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri benar-benar mementingkan rakyat.


Dengan jumlah penduduk yang melebihi 10 ribu, Felda Bukit Goh telah memcipta sejarah Felda kerana mendapat Masjid baru dan mempunyai dua Masjid.Masyarakat di sini sewajarnya bersyukur kerana mungkin inilah satu-satunya Tanah Rancangan Felda dalam Malaysia yang mendapat Masjid baru dan yang lain hanya mendapat peruntukan membesarkan Masjid sahaja.

Rabu, 10 Ogos 2011

MENILAI KEBERANIAN PAS (Siri 1 )



APAKAH PAS BENAR-BENAR BERANI ?.


Itulah persoalan yang perlu dijawab oleh kepimpinan baru parti itu yang dilihat begitu teruja menjadi ' JAGUH ' kepada pakatan pembangkang apabila sejak akhir-akhir ini begitu lantang bersuara.


APAKAH PAS hanya berani berhadapan dengan SPR,berani bertelingkah dengan UMNO,berani menyerang SPRM dan berani berbalah dengan Polis (PDRM) ?.


APAKAK PAS BENAR-BENAR BERANI ?. Kalau benar-benar berani kenapa tidak bertindak dan menyokong tindakan JAIS membuat tindakan pemeriksaan keatas salah sebuah Gereja yang disyaki wujud gerakan memesongkan akidah orang Islam ?.


Apakah PAS bimbang , JIKA bersuara dan bersetuju akan dikritik oleh PKR dan DAP ?.Dan lebih menakutkan lagi PKR dan DAP tidak akan berkerjasama dengan PAS ?.


Oleh itu, Wahai pemimpin PAS tunjukkanlah keberanian itu demi AGAMA ,BANGSA DAN NEGARA jangan hanya BERANI kerana kepentingan politik demi mengejar KUASA dan JAWATAN.


FIKIR-FIKIRKANLAH WAHAI PENYOKONG PAS.







Isnin, 8 Ogos 2011

KERAJAAN BN PERIHATIN



DURIAN RUNTUH UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN.


YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bayaran khas Hari Raya kepada kakitangan kerajaan yang melibatkan 1.24 juta kakitangan dan jumlah yang akan dibayar oleh kerajaan adalah sebanyak 2 bilion.


Inilah kerajaan yang benar-benar mengamalkan apa yang dikata tetap dikota. Slogan : 'RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN " benar-benar dilaksanakan.


Kepada SEGELINTIR kakitangan kerajaan yang suka menyalahkan kerajaan dan tidakl menyokong kerajaan, harap-harap dapat memahami dan wajar memberi sokongan yang padu kepada kerajaan.




SEMOGA SOKONGAN KUAT DARIPADA KAKITANGAN KERAJAAN, MAKA AKAN BANYAK LAGI IMBUHAN YANG AKAN DI BERIKAN OLEH KERAJAAN.


Sama- sama kita fikirkan.

Khamis, 2 Jun 2011

POLITIK ANAK BERANAK MELANDA DALAM PAS.



ANAK NIK AZIZ DAN HAJI HADI MENANG PERMILIHAN PEMUDA.


Politik anak beranak yang dulunya dicanang oleh PAS terhadap UMNO kini sudah menular kepada parti PAS pula, apabila anak Nik Aziz dan Haji Hadi menang dalam permilihan Dewan Pemuda PAS.


Nik Abduh, anak Nik Aziz menang bertanding jawatan Timbalan Ketua Pemuda dalam pertandingan 4 penjuru manakala Muhamad Khalil, anak Haji Hadi menang bertanding jawatan anggota jawatankuasa.


DULU PAS menuduh UMNO parti kroni dan anak - anak beranak TETAPI SEKARANG perkara ini telah berlaku kepada parti mereka.


APAKAH ALASAN YANG HENDAK DIBERIKAN OLEH KEDUA-DUA PEMIMPIN INI ?.


Anak Nik Aziz terkejut dengan keputusan itu dan mengakui kemenangannya mungkin disebakan pengaruh bapanya.


Ini bermakna jelas sekali pemilihan dalam PAS bukannya mencari seorang pemimpin yang benar-benar pemimpin TETAPI memilih pemimpin kerana mereka adalah anak seorang pemimpin.



YANG PALING JELAS ADALAH PAS AKAN IKUT APA SAHAJA YANG DILAKUKAN OLEH PUAK KEADILAN DAN DAP WALAUPUN TERPAKSA MENGENEPIKAN KEPENTINGAN AGAMA DAN BANGSA MELAYU.






Ahad, 29 Mei 2011

MAZLAN ALIMAN PENGERUSI FELDA ?









PAS MEMPERBODOHKAN WARGA FELDA.






Pas telah menganjurkan Himpunan Warga Felda Pahang di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau pada 27 dan 27. Mei 2011.






Dalam majlis tersebut , Pas telah memperbodohkan warga Felda dan pengikutnya dengan mengedarkan borang permohonan tanah Felda Plantation kepada yang hadir.






MAKA ramailah yang berebut-rebut bagi mendapatkan borang tersebut dan difahamkan lebih kurrang 6,000 keping borang berjaya diedarkan.






APA YANG MENJADI PERSOALANNYA ?






Apakah mampu tanah yang ada itu boleh diagihkan kepada semua anak peneroka ?.






Bagaimanakah nasib dengan pekerja - pekerja dan kakitangan jika Felda Plantation di tutup ?.






Bagaimana pula nasib anak- anak masyarakat luar Felda yang tidak bertanah ?.






Apakah PAS sudah membuat bancian, berapa luas tanah Felda Plantation ?,berapa jumlah kakitangan dan petugas felda Plantation ?, Berapa jumlah anak-anak peneroka yang terdapat diseluruh Felda ?.






JELAS SEKALI, PAS hanya ingin mengambil kesempatan di atas kejayaan BN memajukan rakyat melalui FELDA demi kepentingan politik mereka.






PAS SEBENARANYA MENIPU RAKYAT DAN WARGA FELDA DEMI MENGEJARKAN KUASA POLITIK.






KEPADA WARGA FELDA , jangan mudah terpengaruh dengan mainan politik yang dicanangkan oleh PAS dan sekutunya.



Kiat urus dan jagalah baik-baik tanah yang kita ada demi anak dan cucu cicik kita. SEMUGA TANAH YANG ADA INI TETAP KEKAL MENJADI MILIK KITA.






FIKIR-FIKRKANLAH.

Rabu, 20 April 2011

MAZLAN ALIMAN NAK PERBODOHKAN ANAK PENEROKA.



CADANGAN YANG TIDAK MASUK AKAL.


Persatuan Anak-anak Peneroka (ANAK) yang dipengerusikan oleh Mazlan Aliman dan ditaja oleh parti PAS akan mengedarkan borang permohonan tanah Felda Plantations kepada Generasi kedua Felda pada hujung bulan ini.


PERSOALANNYA ?. Kuasa apa yang ada pada Mazlan Aliman yang membolehkan beliau mengedarkan borang tersebut ?.


Kalaulah benar borang tersebut akan dikeluarkan, kenapa Mazlan Aliman yang mengumumkan ?. Kenapa tidak YB Dato Ahmad Maslan ?.


Apa nak jadi dengan kakitangan yang sekarang sedang berkhidmat dengan Felda Plantations termasuk generasi kedua Felda, sekiranya perkara ini berlaku ?.


OLEH ITU , Janganlah saudara Mazlan Aliman nak perbodohkan anak-anak peneroka Felda. Mereka kini sudah berpelajaran tinggi dan boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.


Janganlah dek kerana kepentingan politik sanggup membohongi anak-anak peneroka Felda. Terlalu banyak dosa-dosa yang telah dilakukan demi mengejar jawatan dan kepentingan politik.


Saya juga generasi kedua Felda, tahu yang mana benar dan yang mana palsu. Saya tahu segala-galanya dalam Felda ini.


KEPADA Saudara Mazlan Aliman, kalau nak berjuang demi kepentingan generasi kedua Felda , berjuanglah dengan tulus ikhlas dan bukannya memperalatkan anak-anak peneroka demi mengejar kepentingan politik.


SEDARLAH wahai Saudara Mazlan Aliman....kalau tidak ada FELDA dimanakah agaknya golongan Melayu yang tidak bertanah dan berharta yang menjadi peneroka Felda sekarang ini berada ?.



FIKIR-FIKIRKANLAH..........BERTAUBATLAH DEMI KEBAIKAN GENERASI KEDUA FELDA.






Khamis, 14 April 2011

KENAPA ANWAR TIDAK MAHU..............


5 PERKARA YANG MENJADI TANDA SOAL.


1.Tuduhan Liwat Saiful

- Kenapa Anwar tidak mahu bersumpah ?

- Kenapa Anwar tidak mahu menyerahkan sample DNA


2. 16 Sepetember menawan Putrajaya

- Kenapa Anwar tidak memberi perjelasan kenapa beliau gagal menjadi PM.


3. Rakaman Video seks.

- Kenapa Anwar cepat-cepat menafikan dalam video tersebut bukan DIA ?.

- Kenapa Anwar tidak menunjukkan jam Omega miliknya masih ada padanya ?.

- Kenapa Anwar mudah melenting apabila ditanya isu jam Omega ?

- Kenapa Anwar tidak meyaman Datuk "T"?.


4. Rakan Karib

- Kenapa rakan-rakan yang membela beliau sekarang ini tidak lagi

meyokongnya ?.

- Kenapa rakan-rakannya berani mendedahkan keaiban beliau ?.


5. Umi Halfida

- Kenapa Anwar tidak berani menyaman Umi Halfida yang membuat berbagai-

bagai tuduhan kepadanya ?.


SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN........

Isnin, 4 April 2011

YANG MANA YANG TULEN ANTARA VIDEO DENGAN PERLAKON ?.


SIAPA PELAKON SEBENAR ?.


Isu rakaman video seks yang didedahkan oleh Datuk T mendapat perhatian yang luas dari seluruh masyarakat sehinggakan tenggelam isu tuduhan khalwat yang melibatkan Datuk Sri Anwar.


Isu tersebut semakin hangat diperkatakan apabila Ketua Polis Negara (KPN)Tan Sri Ismail Omar mengesahkan bahawa rakaman video seks tersebut adalah tulen.


Yang menjadi persoalan hari ini ialah, yang manakah yang tulen ?


SAMADA RAKAMAN VIDEO ATAUPUN PELAKON ?.


Inilah yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat samada ahli politik,pelajar ataupun orang kampung untuk mengetahui siapa sebenarnya yang terlibat ?.


Adakah benar melibatkan pemimpin kanan pembangkang atau orang lain ?.


Jika benar apa yang diperkatakan dengan apa yang ada dalam rakaman tersebut, adakah rakyat akan percaya atau sebaliknya ?.


DAN jika BUKAN apa yang dicanangkan itu, siapa yang akan dipersalahkan ?.


Adakah UMNO/BN atau pun Datuk T ?.


SAMA-SAMA KITA TUNGGU AKAN KEBENARANYA.

Khamis, 24 Mac 2011

TUN MAHATHIR : SEMBAHYANG HAJAT MOHON TUNJOKKAN YANG BENAR.


KEBENARAN SEMAKIN TERSERLAH.

Suatu ketika dulu semasa Mantan Perdana Menteri , Tun Mahathir memecat Anwar Ibrahim daripada kabinet dan parti, beliau pernah menyarankan agar semua rakyat yang beragama Islam mengadakan sembahyang hajat memohon Allah swt tunjokkan yang benar.

Tun Mahathir mohon Allah swt tunjokkan yang benar bukannya menunjokkan siapa yang benar diantara beliau dan Anwar.

SEKARANG HAJAT TERSEBUT SEMAKIN TERTUNAI DENGAN BEBERAPA PERISTIWA DAN BUKTI-BUKTI YANG SEMAKIN TERBONGKAR.

Terbukti dan jelas kepada kita sekarang ini,bahawa apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir ke atas Anwar Ibrahim adalah satu tindakan yang cukup bijak demi kepentingan rakyat, Agama dan Negara.


OLEH ITU, KEPADA YANG MASIH LAGI TIDAK MEMPERCAYAI DENGAN APA YANG SEDANG BERLAKU INI, FIKIR-FIKIRKAN DAN RENUNG-RENUNGKANLAH, SEMUGA KITA SAMA-SAMA DAPAT MEMBINA BANGSA , AGAMA DAN NEGARA KITA INI DEMI MASA DEPAN CUCU CICIK KITA SAMUA.

Rabu, 16 Mac 2011

KENAPA ANWAR DESAK HENTIKAN DEMOTRASI ?.


ANWAR TAKUT KEPADA DEMOTRASI ?.


Rakyat seluruh Negara berhimpun secara aman mendesak agar Datuk Sri Anewar Ibrahim menyerahkan sample DNA bagi memastikan samada beliau terlibat atau tidak dengan kes liwat Saiful.


Demotrasi ini sebenarnya tidak disenangi oleh Anwar dan beliau mendesak Makhamah agar mengabil tindaklan terhadap rakyat yang terlibat.


PERSOALANNYA ?. Kenapa baru sekarang Anwar tidak benarkan rakyat berdemotarsi ?. Tidakkah dulu Anwar lah orangnya yang memperalatkan rakyat untuk berdemotrasi demi memperjuangkan kepentingan peribadinya ?.


Inilah padahnya apabila terlalu suka memperalatkan rakyat dan sekarang rakyat sudah sedar siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Kalau benar tidak melakukan liwat terhadap Saiful kenapa takut sangat hendak serahkan sample DNA ?.


Ayuhlah Anwar, jika benar tidak melakukannya buktikan, jangan takut dengan bayang-bayang sendiri. Kemana hendak lari sekarang ini ?. semua rakyat telah sedar akan lakonannya.


Kepada penyokong-penyokong Anwar sedarlah, yang bersalah tetap bersalah dan yang benar tetap benar.

Selasa, 1 Februari 2011

PRK DUN TENANG : NYANYIAN NIZAR TAK LAKU.


LAGU BULAN NYANYIAN NIZAR KALAHKAN PAS.

BULAN mewakili hatiku atau Yue Liang Dai Biao De Xin (Moon represents my heart), lagu Mandarin yang dinyanyikan oleh BEKAS Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama penduduk pekan Labis pada malam Sabtu lalu membawa banyak erti.


Tetapi dalam konteks Nizar dan pakatan pembangkang, dendangan Bulan menjadi saksi gagal memberi kesan besar kepada undi Cina di Tenang. Ghairah mendendangkan lagu ini tidak terlihat dalam bentuk undi. Begitu juga ghairah Nizar membuat ‘fatwa’ haram undi calon UMNO dan BN tidak diendahkan oleh penduduk Tenang.


Sebenarnya PAS dan Pakatan Rakyat semakin dijauhi rakyat.


Sabtu, 29 Januari 2011

'Nik Aziz, Anwar sama'


KERANA KUASA DAN PARTI SANGGUP GADAIKAN AGAMA DAN BANGSA.


Gila kuasa politik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini setanding dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau semakin berani mengeluarkan 'fatwa demi fatwa' semata-mata untuk kepentingan parti.


Pengarah Hal Ehwal Agama Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Nik Khairul Annuar Ab. Rahim berkata, namun di sebalik persamaan sikap ghairah berpolitik antara kedua-duanya, masih ada perbezaan di antara mereka.


Jelas beliau, perbezaan itu ialah Nik Aziz 'melacurkan' agama untuk memuaskan nafsu politik, manakala
Anwar melacurkan politik bagi memuaskan nafsu serakahnya.


Inilah pemimpin yang sanggup melakukan apa sahaja demi dendam dan kerakusan kuasa.


KEPADA PENYOKONG-PENYOKONG PAS DAN PKR, FIKIRKANLAH DENGAN HATI YANG TENANG SEMUGA DIBERI PERTUNJUK UNTUK MENCARI KEBENARAN.


Jangan sampai MELAYU HILANG DI TANAH TUMPAHNYA SENDIRI DAN AGAMA DIPERSENDAKAN.

Rabu, 26 Januari 2011

PRK DUN TENANG : BERUNTUNG PENEROKA FELDA (2)















FELDA BANTU MENGINDAHKAN KAWASAN KAMPUNG.

Felda bukan hanya setakat memainkan peranan bagi meningkat ekonomi warga peneroka sahaja bahkan berbagai-bagai sumbangan dan bantuan disediakan kepada seluruh warga Felda.

Bagi menjadikan kawasan rancangan sebuah kawasan kampung melayu yang indah dan menarik, Felda telah menyediakan peruntukan yang cukup besar dengan mengadakan pertandingan mengindahkan kawasan kampung yang dinamakan ANUGERAH KAWASAN KAMPUNG FELDA (AKKF).

Bagi menjayakan misi ini, Felda telah menyumbangkan sebanyak RM10.00 sepeneroka setiap bulan dan peneroka juga dikehendaki menyumbangkan hanya RM5.00 sepeneroka setiap bulan.Bermakna jika kawasan rancangan tersebut mempunyai bilangan peneroka seramai 500 orang, maka Felda akan menyumbang sebanyak RM5,000.00 sebulan kepada rancangan tersebut.

Selain dari itu, Felda akan menganugerahkan kepada rancangan yang mencapai ketegori yang dikehendaki dengan memberi sumbangan sebanyak RM 1 juta kepada rancangan tersebut. Sebahagian sumbangan tersebut akan diagihkan kepada semua peneroka dan selebihnya akan di gunakan untuk menyediakan prasarana di kawasan rancangan tersebut.

BAGI MASYARAKAT PENEROKA DI DUN TENANG TELAH MENIKMATI KEMUDAHAN INI DAN HANYA MENUNGGU MASA UNTUK DIANUGERAHKAN SEBAGAI KAWASAN KAMPUNG TERBAIK.

Kawasan Felda di negeri Johor sememangnya hebat-hebat dan dibuktikan apabila anugerah AKKF telah dimenangi oleh Kawasan Felda Negeri Johor selama tiga tahun berturut-turut.

INILAH YANG DIKATAKAN BERUNTUNGNYA MENJADI PENEROKA FELDA.

Selasa, 25 Januari 2011

PRK DUN TENANG : BERUNTUNGNYA PENEROKA FELDA.



PENEROKA FELDA MENINGGAL DUNIA,FELDA SUMBANG RM 1O,OOO.


Alangkah beruntungnya menjadi peneroka Felda sekarang ini. Felda bukan sahaja membantu peneroka meningkatkan taraf hidup dari segi ekonomi dan pendidikan anak-anak bahkan mati pun masih lagi Felda memberi bantuan.


Sebagaimana yang kita ketahui, Felda telah menubuhkan khairat kematian bagi warga peneroka seluruh negara secara percuma. Setiap peneroka yang meninggal dunia akan diberi sumbangan kepada warisnya sebanyak RM10,000.00.


RM3,000.00 dibayar terus untuk urusan pengebumian dan bakinya akan dibayar setelah selesai urusan melengkapkan dokumen-dokumen yang perlu.


Inilah kelebihan yang ada pada masyarakat Felda yang tidak ada pada masyarakat luar Felda.


Apa yang dilaung-laungkan oleh pembangkang yang menyatakan Felda tidak menjaga kebajikan peneroka hanyalah satu hasutan demi mengejar kepentingan diri dan kuasa.


Kepada seluruh warga Felda di Dun Tenang, yakinlah apa yang dilakukan oleh kerajaan kepada masyarakat Felda adalah untuk membantu rakyatnya yang suatu ketika dulu hidup dalam kesusahan dan tanpa harta agar menjadi warga yang berharta dan bermaruah.

Ahad, 23 Januari 2011

MAZLAN ALIMAN SUDAH TIDAK TENANG.


ANAK PANTAU JANJI PM


Mazlan Aliman akan memantau setiap pengumuman dibuat kerajaan untuk memastikan janji-janji bukan gimit politik. Beliau berkata, tindakan ini untuk memastikan janji -janji Datuk Seri Najib menjadi kenyataan demi kepentingan dua juta warga Felda seluruh negara.


Kenapa Mazlan Aliman begitu beria-ria nak memantau setiap janji -janji yang dibuat oleh kerajaan ?.


Sepatutnya beliau perlu menilai semula janji-janji Pas kepada Peneroka Felda semasa pilihanraya umum ke 12 dulu, samada sudah ditunaikan atupun belum.


Mazlan Aliman sebenarnya sudah kehilangan arah dan mula meroyan apabila tidak dicalonkan sebagai calon Pas di PRK Dun Tenang.


Oleh itu kepada pengundi -pengundi di DUN Tenang tidak perlu terperdaya dengan janji dan hasutan yang dimainkan oleh kumpulan ANAK yang tidak mengenang budi ini.


PILIHLAH BN yang benar-benar menjaga dan memberi kesenangan kepada warga Felda.


Rabu, 19 Januari 2011

ANWAR DAH MULA DEMAM.


DATUK NAJIB JAWAB CABARAN DEBAT ANWAR.

YAB Datuk Seri najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menjawab cabaran Anwar Ibrahim untuk berdebat dengannya semasa lawatan rasmi beliau ke Felda Tenang.

INI ADALAH JAWAPAB ANWAR SELEPAS DATUK NAJIB JAWAB.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang sebaliknya hanya mahu berbincang.

Katanya ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.

Sebenarnya Anwar dah mula gelabah apabila Datuk Seri Najib menjawab cabarannya dan beliau sebenarnya yakin Datuk Najib tidak berani berdebat dengannya.

INILAH WAJAH ANWAR YANG SEBENARNYA, BOLEH BERUBAH SETIAP MASA DEMI KEPENTINGAN PERIBADINYA.

Ahad, 16 Januari 2011

DUN TENANG : MAZLAN ALIMAN KEMPUNAN.













NORMALA SUDIRMAN CALON PAS DUN TENANG.

Normala Sudirman, calon Pas yang akan bertanding di DUN Tenang telahpun diumumkan oleh Presiden PAS, Haji Hadi Awang.

Bermakna hajat dan impian Mazlan Aliman untuk menjadi calon di DUN Tenang hanya tinggal angan-angan. Jelas sekali Mazlan Aliman hanyalah sebagai BELACI Pas untuk menghasut peneroka Felda dan sememangnya tidak layak menjadi calon PAS.

Suara-suara yang mengatakan Mazlan Aliman yang paling layak menjadi calon di DUN Tenang hanyalah mainan politik PAS semata-mata.


Kepada masyarakat Peneroka Felda sedarlah, Mazlan Aliman hanya layak sebagai penghasut peneroka sahaja. PAS pun tahu bahawa Mazlan Aliman sememangnya tidak layak menjadi calon
.

Sabtu, 8 Januari 2011

MB DAN KM PERLU LAKSANA SEPERTI PM


DATUK SERI NAJIB BERTEMU DENGAN SEMUA AHLI PARLIMEN BN.


Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan semua Ahli Parlimen BN adalah bertujuan memberitahu yang harus dilakukan dan mengetahui pandangan mereka serta situasi di setiap kawasan Parlimen mereka.


Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib sangat baik bagi mengetahui sendiri pandangan dan masalah Ahli Parlimen. Apapun mereka perlu melaporkan perkara yang sebenar kerana Datuk Seri juga mempunyai maklumat yang tersendiri.


OLEH ITU, SEWAJARLAH JUGA SEMUA MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI mengikut langkah yang sama dengan memanggil semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi mendengar dan mendapat pandangan berkenaan kawasan masing-masing.


Jika semua pihak melaksanakan sepertimana Datuk Seri Najib lakukan, kita yakin dan percaya BN tetap akan menjadi pilihan rakyat.

Isnin, 3 Januari 2011

KENAPA KHALID TAKUT KEPADA KHUSRIN MUNAWI ?


MB SELANGOR BUAT RAGAM.


Penolakan Tan Sri Khalid Ibrahim,Menteri Besar Selangor di atas perlantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi semakin jelas apabila beliau akan memanggil persindangan khas Dewan Undangan Negeri bagi meminda Undang- Undang Tubuh Negeri Selangor.


PERSOALANNYA : Kenapa Khalid begitu beria-ria sangat tidak menerima perlantikan Datuk Khusrin sedang belai telah mendapat pekenan Sultan Selangor ?.


Adakah Khalid bimbang kelemahan, ketidakcekapan dan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan negeri Selangor akan tersebar ?.


Khalid Ibrahim pernah berkata kerajaan Selangor sebuah kerajaan yang telus, JIKA telus kenapa takut sangat dengan kehadiran Datuk Khusrin ?.


Sepatutnya berbangga kerana mendapat seorang SUK yang cukup hebat sebagai bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selagor.


INILAH YANG DIKATAKAN : CAKAP TAK SERUPA BIKIN. TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG SENDIRI.


BAGAIMANA ? Nak memerintah Negara, kalau diperingkat negeri pun tak mapu nak urus ?.

PAKATAN RAKYAT ( PR) TAK TAHU UNDANG-UNDANG.


MB Selangor Mengalami Krisis Minda ?.


Perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor mendapat tentangan daripada MB Selangor keran perlantikan tersebut tidak dimaklumkan kepada beliau.


KSN adalah berhak melantik SUK Negeri dan diperkenankan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Oleh kerana MB Selangor ini jenis tidak tahu undang-undang maka berteriaklah dia ke sana - sini menyatakan perlantikan tersebut belum muktamad.


Inilah Pemimpin yang dilahirkan oleh Pakatan Rakyat yang tidak tahu mentadbir.

Kalau undang-undang memerintah Negeri pun tak tahu, bagaimana pula nak memerintah Negara ?.