SELAMAT SEJAHTERA

Khamis, 21 Oktober 2010

KERAJAAN PAS KELANTAN RAMPAS TANAH RAKYAT.


PAS KELANTAN PENTINGKAN SYARIKAT SWASTA.


Kerajaan PAS Kelantan telah merampas lebih kurang 30,000 hektar tanah yang telah diusahakan oleh rakyat di Gua Musang.

Tindakan Kerajaan mengambil tanah tersebut itu dan diberikan kepada syarikat swasta luar Kelantan bagi membangunkan sebagai " Ladang Rakyat" telah menjejaskan masa depan penduduk setempat yang telah mengusahakan pelbagai tanaman di situ lebih dari dua dekad.

Dimanakah janji Nik Aziz ketika mula menerajui Kelantan selepas pilihanraya umum 1990 membenarkan rakyat meneroka tanah kerajaan bagi tujuan pertanian kerana menganggapkan tanah itu tanah Tuhan.

KENAPA JANJI ITU TELAH DILUPAKAN SEKARANG INI ?.


Kepada pengundi DUN Galas, janganlah mudah terpedaya dengan janji manusia seperti ini yang mengutamakan jawatan dan membelakangkan kepentingan rakyat.


FIKIRKANLAH UNDI KITA KEPADA PAS akan menyebabkan ada rakyat yang menderita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan