SELAMAT SEJAHTERA

Khamis, 7 Oktober 2010

DARJAT KU LI LEBIH TINGGI DARIPADA NIK AZIZ


















NIK AZIZ MENYIFATKAN MERENDAHKAN DARJAT KU LI.
Isu Pilihanraya kecil Dun Galas menarik perhatian semua pihak. Paling menarik ialah apabila PAS mempertikaikan calon BN yang bakal bertanding di DUN Galas nanti iaitu YB Mulia Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang.
Nik Aziz yang menyifatkan cadangan menamakan Tengku Razaleigh sebagai calon BN pada pilihan Raya Kecil DUN Galas sebagai tidak wajar kerana ia merendahkan darjat pemimpin berkenaan.

Ini bermakna darjat Nik Aziz adalah lebih rendah daripada Ku Li kerana beliau (Nik Aziz) hanya bertanding di peringkat DUN sahaja.Kalau inilah tanggapan Nik Aziz, maka pakatan pembangkang juga telah merendahkan darjat Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin yang bertanding dan menjadi DUN serta Ahli Parlimen sekali gus.

HAKIKAT SEBENARNYA............Sememangnya PAS mula takut apabila BN telah melantik Tengku Razaleigh sabagai Pengarah Pilihan Raya kecil bagi BN dan ketakutan itu semakin menyerlah apabila TPM sendiri bersetuju menamakan Ku Li sebagai calon BN di pilihan Raya Kecil DUN Galas nanti.

Nik Aziz lebih mengentahui kekuatan Ku Li di DUN Galas dan di atas kekuatan ltulah maka Nik Aziz cuba masuk campur dalam urusan BN bagi manghadapi Pilihan Raya kecil ini agar PAS akan dapat mempertahan DUN Galas ini nanti.

Oleh itu, kepada Nik Aziz tidak perlulah masuk campur urusan BN, tumpulah perhatian kepada calon PAS dan tunggulah isu Royalti dan wang ehsan yang mana akan dipilih oleh pengundi di DUN Galas nanti.

KEPADA PENGUNDI DUN GALAS........... Pilihlah BN yang telah terbukti dapat membela rakyat. Semuga DUN Galas lebih maju selepas ini.

1 ulasan:

  1. Nak buat macam mana bro..... Nicky Ajis dah rasa dia lebih besar dan gah dari Sultan Kelantan sendiri... kalau tidak masakan dia sanggup gi Singapore semata-mata nak melawat bini Lee Kuan Yu mati... semasa Sultan Kelantan gering di hospital Singapore, dia tak pernah sekali pun gi jenguk.... itulah Nicky Ajis.... rasuah boleh didalilkan hadiah...

    BalasPadam