SELAMAT SEJAHTERA

Khamis, 22 Oktober 2009

WAJARKAH IBRAHIM ALI MASUK UMNO ?













'Belum ada keperluan saya masuk UMNO': Dato Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas.

"Saya tidak mahu orang ramai membuat andaian saya menyertai UMNO kerana parti ini sekarang bertambah kuat, disebabkan kepentingan peribadi, mengejar pangkat atau pun dibeli mana-mana pihak," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
Menurut Ibrahim, sebab lain beliau tidak menyertai UMNO ialah kerana ingin menjaga kewibawaan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang diterajuinya supaya ia tidak dituduh menjadi alat pada mana-mana kumpulan.
Dalam pada itu, katanya, beliau kini cenderung untuk bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan negara dan rakyat kerana parti itu sekarang bersikap lebih terbuka untuk dikritik berbanding Pas.
"Saya menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin. Saya suka dengan suasana UMNO sekarang di bawah pimpinan baru yang lebih terbuka dan boleh menerima apa jua kritikan.

Ulasan Hujan emas :
Kenyataan yang dibuat oleh DIA(Dato Ibrahim Ali) perlu kita fikirkan selepas YAB Tim Presiden UMNO membuat kenyataan bahawa UMNO tidak pernah menyekat sesiapa pun untuk menyertai UMNO termasuklah Ibrahim.

Bagi UMNO mungkin bersetuju jika DIA(Dato Ibrahim Ali) menyertai UMNO semula kalau di teliti kenyataan yang dikeluarkan yang mana beliau sanggup bekerjasama dengan PM dan BN.

Kita faham bahawasanya DIA (Dato Ibrahim Ali) masih sayangkan UMNO tapi mungkin masanya tidak sesuai lagi untuk beliau kembali kepada UMNO.

Apa yang diharapkan daripada DIA (Dato Ibrahim Ali), sekiranya ingin kembali kepada UMNO dan sayangkan UMNO biarlah perkara yang pernah beliau lakukan sebelum ini tidak akan berlaku selepasa ini.

Kita berharap suatu hari nanti DIA (Dato Ibrahim Ali) akan kembali kepada UMNO kerana beliau merupakan pejuang yang tulen demi mempertahankan hak-hak orang melayu. UMNO memerlukan tokoh seperti beliau. Cuma apa yang diharapkan semuga kemasukkan DIA (Dato Ibrahim Ali) dalam UMNO akan kekal buat selama-lamanya dan berjuanglah demi Bangsa, Agama dan Negara.

FIKIR-FIKRKANLAH WAHAI DIA (Dato Ibrahim Ali).

2 ulasan:

  1. Salam bro, mengapa UMNO mesti tolak ? dia lebih tahu ke mana arah perjuangan UMNO selama ini, dulu bukan dia sengaja keluar UMNO, Pak Lah yang singkir dia dari jawatan Ketua Penaja UMNO Bahagian Pasir Mas.....

    BalasPadam
  2. Tak payah lah diterima katak kuang kuang ni...
    Ni semua pasal nak "Political Survival"je....
    Takut kecoh balik nanti UMNO dgn katak terlompat2
    Lebih2 lagi yg Puteri2 tu..,Katak ni nak juga sumpit yg chun chun,kaw kaw tu untuk dijadikan nombor TIGA....!!!!

    BalasPadam