SELAMAT SEJAHTERA

Ahad, 25 Oktober 2009

ANTARA PERUBAHAN UMNO DAN PERUBAHAN PAS.



PERBEZAAN PERUBAHAN UMNO DAN PERUBAHAN PAS
Perubahan yang akan dilakukan oleh UMNO.
Bertemakan "Menjunjung Tradisi, Menzahir Perubahan", Dato’ Sri Najib mahukan anggota UMNO mengembalikan budaya khidmat dan kesukarelawanan dalam parti.Dalam ucapan sulungnya pada Perhimpunan Agung Umno 2009 di PWTC , Presiden UMNO, Dato’ Sri Najib berkata, ‘UMNO akan terus menjuarai soal kebajikan dan periuk nasi semua rakyat dan mahukan gerak kerja parti selari dengan tuntutan zaman.’Sebagai tonggak parti pemerintah, UMNO tidak mampu ditanggap hanya sebagai bertumpu kepada inisiatif niaga besarbesaran atau projek mega sematamata, tetapi mesti menjadi parti yang menjuarai rakyat.
Perubahan yang akan dilakukan oleh PAS.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan gesaannya agar kepimpinan Pas dibersihkan daripada golongan prokerajaan perpaduan didalangi oleh pihak yang berkepentingan. Beliau menggesa agar kepimpinan tertinggi PAS mengadakan perhimpunan khas bagi membincangkan kedudukan kepimipinan tertinggi PAS.
Sambil mempertahankan pendiriannya, beliau menegaskan isu yang tercetus daripada apa yang dianggapnya sebagai cadangan itu diluahkan dengan ikhlas demi masa depan parti yang telah dipupuk sekian lama.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau sudah cukup arif untuk membuat pertimbangan sendiri dan yakin cadangan itu jika diterima tidak akan memecah-belahkan Pas.

Ulasan Hujanemas :
Marilah kita sama- sama menghayati dan memikirkan bersama berkenaan dengan arah tuju kedua parti melayu ini yang sekarang menjadi perhatian daripada semua pihak.
Kita hanyati arah tuju UMNO yang dilafaskan oleh Presiden parti,Dato Sri Najib dalam ucapan dasar Presiden di perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Dengan penuh keikhlasan mahukan semua lapisan pemimpin UMNO mementingkan soal kebajikan rakyat dan periuk nasi rakyat.
Inilah PERUBAHAN yang akan dilakukan oleh UMNO dan berbeza dengan PERUBAHAN yang akan dilakukan oleh PAS.
Nik Aziz mahukan diadakan perhimpunan khas bagi membincangkan soal kepimpinan tertinggi PAS yang dianggap tidak setia kepada parti PAS.
Kenapa sekarang apabila bergabung dengan PKR dan DAP. Berbagai masalah dan isu timbul dalam parti PAS ?. Cadangan yang di kemukan oleh Nik Aziz ini tidak pernah dibuat selama ini TAPI sekarang kenapa ianya berlaku ?.
Apakah benar ada diantara pemimpin tertinggi PAS yang pro kepada UMNO ?.Atau mungkin ada dikalangan pemimpin tertinggi PAS yang kalah dalam permilihan yang lalu masih tidak berpuas hati ?.Ataupun isu ini dirancang oleh kumpulan yang berada dalam pakatan rakyat yang takut kepada pemimpin tertinggi PAS sekiranya benar mereka memerintah Negara ini maka laluannya agak susah selagi pemimpin tertinggi PAS ini masih ada.Inilah PERUBAHAN yang sedang di rancang oleh Nik Aziz.
SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN DIANTARA PERUBAHAN YANG AKAN DILAKUKAN OLEH UMNO DAN PAS.
Semuga kita diberi pilihan untuk menentukan masa depan Bangsa, Agama dan Negara kita ini untuk terus memberi kepercayaan kepada BARISAN NASIONAL/UMNO dibawah kepimpinan Dato Sri Najib Abd Razak.

2 ulasan:

  1. Salam bro, Nik Aziz membuat perubahan dalam PAS dari Kerajaan Islam kepada Kerajaan Kebajikan, jadi untuk menjayakan hasratnya, dia terpaksa menyingkirkan kumpulan-kumpulan yang mahu memperjuangkan kerajaan Islam dalam PAS. Itulah perubahan yang Nik Aziz nak buat..... dapat bisikan halus dari ******

    BalasPadam
  2. kerajaan kebajikan? bukan ke kerajaan Islam tu da cukup "bagus"? makin ramai anak muda isap dadah di kelantan, pompan x tutp aurat... adehhh

    BalasPadam