SELAMAT SEJAHTERA

Jumaat, 23 Oktober 2009

DEWAN RAKYAT : KENAPA ANWAR TERDIAM ?.

JAWAPAN MOHD NOR OTHMAN BUATKAN ANWAR TERDIAM.

Dalam pembahasan di Dewan Rakyat berkaitan Rang Undang-Undang Panglima Gagah Berani semalam, Dato Sri Anwar terdiam apabila Ahli Parlimen Hulu Terangganu membidas beliau yang membuat celahan mengatakan beliau yang banyak memberi peruntukan bagi kebajikan anggota keselamatan sewaktu beliau berada di dalam kerajaan. Beliau mendabik dada mengatakan telah meluluskan peruntukan terbesar bagi projek perumahan anggota tentera.

Kenyataan Anwar kemudian dibidas oleh YB Mohd Nor Othman (Ahli Parlimen Hulu Terengganu) dengan menyatakan Sdr Anwar boleh melaksanakan peruntukan tersebut kerana ketika itu beliau berada di dalam kerajaan Barisan Nasional TAPI SEKARANG kalau di luar kerajaan Barisan Nasional belum tentu Anwar boleh berbuat seperti itu.

Bidasan YB Mohd Nor membuatkan Anwar terus terdiam walaupun sebelum ini mengambil masa lebih lima minit mencela semasa Mohd Nor membahaskan Rang Undang-Undang tersebut.

Ulasan Hujan emas:

Inilah Pemimpin yang selama ini beranggapan dialah yang paling hebat dan berpengaruh. Apa jua yang dicakapkan akan dipercayai oleh rakyat. Tapi kali ini bila berdepan dengan pemimpin UMNO yang tahu perangai sebenarnya maka beliau tidak berani berhujah.Kalau nak dibandingkan antara Anwar dengan Mohd Nor ini bukanlah tandingannya tapi oleh kerana apa yang dibidas memang yang benar maka Anwar tidak mampu menafikannya.


Diharap kepada pemimpin UMNO, janganlah takut untuk berdebat dengan Anwar ini, biarlah akhirnya semua rakyat akan tahu siapa sebenarnya Anwar ini. Selagi kita takut mendedahkan siapa sebenarnya Anwar selagi itulah beliau akan terus berlakon dan membohongi rakyat.

Jadikan Mohd Nor sabagai contoh walaupun tidak dikenali tapi berani berdebat dengan Ketua pembangkang kerana BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan