SELAMAT SEJAHTERA

Jumaat, 2 Oktober 2009

RAKYAT DIDAHULUKAN.
















BN DENGAR DENYUT NADI RAKYAT.


Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang membuktikan Kerajaan dan Barisan Nasional mendengar denyut nadi rakyat dengan meletak calon BN dalam pilihanraya ini Tan Sri Mohd Isa Samad sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat di DUN Bagan Pinang.

Pada peringkat awalnya BN tidak mengahdapi apa-apa masalah dengan calon yang akan bertanding di pilihanraya ini tetapi pada saat akhirnya seperti ada perkara yang tidak kena bagi meletakkan calon dan akhirnya Tan Sri Mahyudin Yassin mengumumkan Tan Sri Mohd Isa sabagai calon BN di DUN bagan Pinang.

Tan Sri Mahyudin menyatakan BN akur kepada pilihan rakyat, yang penting RAKYAT DIDAHULUKAN, mana yang rakyat hendak itu yang diberikan..

Kita berharap Bagan Pinang akan menjadi tempat mulanya era RAKYAT DIDAHULUKAN dan DENYUT NADI RAKYAT DIDENGARI .

Pada pilihanraya akan datang samada pilihanraya kecil atau pilihanraya umum, biarlah pemilihan calon nanti akan dilakukan seperti apa yang telah diterjemahkan di Bagan Pinang ini.
Tidak dinafikan CALON adalah antara elemen yang menentukan kemenangan sebuah parti dalam pilihanraya.

Untuk itu, Jadikan pengalaman yang lepas sebagai panduan kita demi mempertahankan kuasa yang kita ada ini dan Bagan Pinang akan menjadikan permulaan yang terbaik demi kerajaan BN dan Negara.

Kepada kepimpinan BN dan UMNO, jangan sesekali kita pandang mudah pandangan ahli dan pengundi di akar umbi walaupun mereka itu tidak berjawatan

2 ulasan:

  1. Salam, banyak golongan politik berpendapat pencalonan Isa adalah satu pertaruhan UMNO-BN di Bagan Pinang....., tetapi mereka tidak sedar UMNO-BN mengutamakan kehendak rakyat setempat yang mahukan Isa sebagai calon wakil rakyat di Bagan Pinang..... bukan kerana takut BN kalah....

    BalasPadam
  2. Pelanggan sentiasa benar. Dan dalam hal ini pengundilah pelanggan itu. Merekalah yang perlu diutamakan.
    Mengiakan pelanggan adalah satu kebijaksanaan.
    Syabasy kita tunggu hari kemenangan.
    Inshaallah.

    BalasPadam