SELAMAT SEJAHTERA

Sabtu, 8 Ogos 2009

PKR TAK PERLU PAS LAGI


Selangor tolak syor Pas
Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail dan Haspaizi Mohd Zainnazuri@bharian.com.my
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
MB minta peniaga usah jual arak kepada orang Islam, bawah umur
SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menolak cadangan Pas negeri itu yang meminta kerajaan negeri mengharamkan penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam. Sebagai alternatif, peniaga diminta mengguna pakai sistem kawalan sendiri dengan tidak menjual minuman keras kepada orang Islam dan mereka di bawah umur.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata keputusan itu diambil kerana Selangor sudah mempunyai peraturan yang mencukupi dan tidak memerlukan peraturan atau garis panduan baru. "Kita tak perlu (draf cadangan Pas). Kita sudah banyak undang-undang yang menunjukkan kita membangun bersama, menghormati ahli perniagaan dan faham budaya serta agama," katanya selepas pertemuan hampir dua jam dengan wakil kedai serbaneka 7-Eleven dan pasar raya KK Mart serta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini semalam.
Ulasaan Hujan emas:
Hari ini kita dikejutkan lagi karenah Pakatan Pembangkang, di mana PKR menolak cadangan PAS berkenaan dengan isu perjualan arak.
Dato Nik Aziz pula tak mahu campur tangan, kenapa ya?. Pelik betul Nik Aziz ni,
Dulu Haji Hadi bercadang untuk bertemu UMNO bagi membincangkan perpaduan melayu, dia (Nik Aziz) melenting habis dunai tahu. TAPI hari ni, bila MB Selangor tak terima cadangan PAS Selangor berkenaan jualan arak , dia tak nak masuk campur.
Adakah kerana PAS sudah takut pada PKR? atau bimbang tak dapat sokongan dari PKR dan DAP dalam pilihanraya kecil di Permatang Pasir nanti?
PILIHLAH WAHAI NIK AZIZ, ANTARA AGAMA DAN POLITIK?.
Kalau nak berjuang untuk Agama jangan takut untuk menentang kemungkaran walaupun hilang sokongan politik. Janganlah kerana kepentingan politik sehinggakan takut nak mendesak PKR Selangor supaya bertindak tegas.
Kepada penyokong-penyokong PAS , fikirkanlah, nak tunggu apa lagi kalau arak pun bebas dijual di kawasan melayu. Selagi kita menyokong mereka ni (PKR dan DAP) selagi itu mereka akan bertindak mengikut kepentingan politik mereka tanpa memikirkan tentang kepentingan Agama Islam dan orang Melayu. FIKIR-FIKRLAH WAHAI PENYOKONG-PENYOKONG PAS.Jangan sampai PAS sudah tidak boleh melakukan apa-apa lagi baru nak bertindak. Sama-sama kita sokong tindakan Dr Hasan Ali ( Pesuruhjaya PAS Selangor)
Kepada Dr Hassan Ali teruskan perjuangan, jangan takut untuk menegakkan kebenaran walaupun terpaksa korbankan jawatan dan kuasa.

7 ulasan:

  1. salam ziarah,
    ulasan saya mengenai TGNA, sudah terserlah perjuangan beliau hanya berpaksi politik.

    Kesian, umat Islam digasak dari pelbagai penjuru dan yang mengaku Islamic scholar pula mendiamkan diri....menangislah pejuang Islam sejati

    BalasPadam
  2. SALAM:

    sELAGI KITA MASIH PECAYA PADA MUSUH ISLAM YANG NYATA MEREKA AKAN MENIPU DAYA KITA.


    WASSALLAM

    BalasPadam
  3. Rasa malu jadi Ahli PAS. PAS di hina begitu sekali dan pandangan PAS terhadap arak tidak di pedulikan. Inilah PAS asyik ceramah perdana tetapi lupa Islam dah di pijak oleh DAP secara terus terang. Sampai bila PAS nak berdiam diri. Tunggu balak turun ke tanah ker?

    BalasPadam
  4. Salam,

    Berani ke ?

    PKR nak guna PAS hanya di negeri Kelantan, Perlis, Kedah dan P.Pinang je........ tempat banyak Melayu...... temapat lain boleh blah PAS...

    BalasPadam
  5. apalah punya PAS..
    pertahankan agama pon dah x mampu..
    arak pon dah tembusi kawasan melayu..
    malang sungguh melayu dibawah kuasa pas..

    BalasPadam
  6. Terima kasih kepada semua yang memberi pandangan yang cukup baik, kita doakan semuaga penyokong PAS akan menyedari lakonan PKR dan DAP.

    Semuga berjaya.

    BalasPadam
  7. ini semua taktik PAS nak dapt raih undi sempena PRK Pematang Pasir..masakan berani sama itu geng cina..berlakon bolehla

    BalasPadam