SELAMAT SEJAHTERA

Isnin, 17 Ogos 2009

NIK AZIZ DAH SEMAKIN NYANYUK KE?.







NIK AZIZ KATA AHLI UMNO TAK AKAN MASUK SYURGA

17/08/2009 2:55pm

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.


Ulasan Hujan emas :

Saya dah agak akan ada kenyataan Nik Aziz tentang UMNO tak Islam apabila berlaku pilihanraya kecil. Inilah caranya untuk meraih undi dalam pilihanraya kecil.

Saya nak cabar Nik Aziz, apa buktinya yang mengatakan Islam UMNO palsu ?.Jangan hanya menuduh tanpa ada bukti.

Apakah dengan membenar orang bukan Islam menghina Agama Islam, itu dinamakan Islam PAS yang tak palsu.

Apakah dengan membenarkan peniaga menjual arak di kawasan orang melayu juga dinamakan Islam PAS yang tak palsu ?.

Inilah manusia yang bertopengkan dengan pakaian Islam tapi memperalatkan Agama Islam untuk kepentingan politik kepartiannya.

Nik Aziz tak layak nak menghukum seseorang masuk Syurga atau Neraka, semua itu hak Allah SWT. Janganlah kerana nak menang dalam pilihanraya bercakap seperti orang tak siuman.

Saya memang setuju kalau Nik Aziz boleh disamakan dengan gengnya dalam PKR yang menampar polis pada hari penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pasir.

Seorang gedebe dan seorang lagi samseng. Kalau nilah orangnya yang akan memerintah negara Malaysia ini, tiap-tiap hari ada rakyat yang kena penampar. Mungkin juga anggota polis pun ramai yang letak jawatan, takut nanti kena penampar.

INILAH PEMIMPIN -PEMIMPIN YANG AKAN MENGHANCURKAN NEGARA MALAYSIA INI, KALAU DIBERI MEREKA MEMERINTAH.

KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA, LIHATLAH GELAGAT MEREKA YANG GILAKAN KUASA DAN JAWATAN INI, JANGAN KITA DITIPU LAGI OLEH MEREKA.

Kepada Pengundi Permatang Pasir janganlah terpengaruh dengan tipu muslihat mereka yang ingin menghancurkan negara Malaysia ini. Jangan mudah percaya dengan hanya melihat pada pakaian sahaja tapi lihatlah pada hati budinya sekali.

5 ulasan:

  1. salam

    anggaplah kenyataan nik aziz ini sebagai dugaan Allah untuk kita dan dalam masa yang sama kita terangkan kepada pembaca (sebagaimana saudara lakukannya) supaya rakyat tahu hati budi manusia yang mengelarkan Islam sebagai perjuangan mereka...


    salam

    BalasPadam
  2. Salam..
    Nik Aziz gambaran Dajjal akhir zaman yang sentiasa menganggap dirinya sebagai Tuhan boleh menentukan siapa berdosa,siapa dapat pahala dan siapa boleh masuk syurga dan neraka..

    BalasPadam
  3. Salam,

    Nik Ajis dah anggap dia pewaris Nabi, suka dialah nak buat fatwa untuk orang-orang UMNO....

    BalasPadam
  4. Salam,

    syurga bukan harta peribadi makhluk

    BalasPadam
  5. Terima kasih di atas komen tuan-tuan, sama-samalah kita menentang golongan sesat ni.

    BalasPadam