SELAMAT SEJAHTERA

Khamis, 2 Julai 2009

KERAJAAN PERPADUAN CIPTAAN PKR, DAP & PAS






Apa Yang Dilakukan oleh DAP Kepada PKR di Pulau Pinang ?.
Tindakan terhadap Johari terlalu keras
30 Jun - Beberapa Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menganggap pelucutan jawatan wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), Johari Kassim daripada menganggotai majlis itu sebagai tindakan yang terlalu keras.
Seorang anggota MPSP dari PKR, Mohd. Kamil Abu Bakar berkata, sebagai amaran, kerajaan negeri boleh menggantung perkhidmatan Johari berikutan tindakannya mengetuai usaha memulaukan majlis pelantikan Yang Dipertua MPSP, Mokhtar Mohd. Jait pada 4 Jun lepas.


INIKAH PERPADUAN DALAM PAS ?

Hadi tak tahu Nik Aziz mahu debat dengan PM
Oleh Anwar Hussin, Nazura Ngah, Fatin Hafizah Mohd Shahar, Khairul Azran Hussin dan Wan Faizal Ismayatim bhnews@bharian.com.my


Idea MB selesai kekalutan politik tidak dibincang pada mesyuarat AJK Pas Pusat KUALA LUMPUR: Presiden Pas tidak tahu menahu cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengadakan debat terbuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menyelesaikan kekalutan politik antara parti itu dengan Umno. Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau hanya tahu mengenai cadangan untuk berdebat itu melalui laporan media.

BAGAIMANA PERPADUAN PAS DENGAN DAP DI KEDAH?.

DAP keluar pakatan
Oleh SAFINA RAMLIutusankedah@utusan.com.my
-Thomas Su,Pengerusi DAP Kedah/Perlis -Azizan Abdul Razak,Menteri Besar Kedah

ALOR SETAR 1 Julai – DAP Kedah hari ini keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di negeri ini antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini

INILAH YANG DIKATAKAN DAP PEMBELA RAKYAT.
Guan Eng lepas tangan

SEJAK mengambil alih pemerintahan negeri daripada Barisan Nasional (BN), Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sering mengaitkan pelbagai masalah yang wujud di negeri ini sebagai berpunca daripada pentadbiran kerajaan negeri terdahulu.

Terbaru, Guan Eng bulat-bulat mempersalahkan Gerakan, UMNO, MCA dan MIC melibatkan isu Kampung Buah Pala di Gelugor. Guan Eng mendakwa kononnya masalah tidak akan timbul sekiranya tanah berkenaan tidak dijual.

Rakyat (dalam kes ini penduduk Kampung Buah Pala) sudah bosan dan tidak mahu mendengar alasan sebaliknya mahu kerajaan negeri sekarang mengambil tindakan konkrit membela nasib mereka.
Menyalahkan kerajaan negeri sebelum ini kini ditafsir oleh rakyat sebagai pendekatan lepas tangan atau jalan keluar yang mudah apabila berdepan dengan sesuatu masalah.
Rakyat mahu kerajaan negeri bertindak aktif membela nasib mereka dan membawa pembangunan, bukan perubahan kosmetik seperti nama jalan dalam pelbagai bahasa yang menjadi kebanggaan kerajaan negeri pakatan pembangkang ketika ini walaupun dipertikaikan oleh pelbagai pihak.

BAGAIAMANA PULA KENYATAAN INI?

DAP jangan ugut kerajaan Kedah - Zulkifli Noordin
KUALA LUMPUR 2 Julai - Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin memberi amaran kepada DAP agar mengubah pendekatan kerana tindak-tanduk parti itu akhir-akhir ini sudah mula dilihat seperti mahukan hanya suara parti itu sahaja didengari.
Beliau menegaskan, sebagai sebuah kerajaan pakatan, DAP harus belajar berkompromi walaupun dalam isu yang sensitif seperti mana yang dilakukan Pas dan PKR kerana jika tidak, muafakat yang sekarang ini tidak akan mampu bertahan lama.


APA KATA KETUA PEMBANGKANG,KETUA PR ?

Anwar tuduh media besarkan isu

KUALA LUMPUR 2 Julai – Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan berlaku keretakan hubungan di kalangan parti-parti dalam pakatan pembangkang sambil menuduh media tertentu memperbesarkan isu tersebut.
Menurutnya, perkara yang sama berlaku apabila DAP Kedah bertindak keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar semalam.

INI KATA TOK GURU YANG HEBAT,MUDAHKAN TU........UNTUK LEPAS TANGAN.

Nik Aziz enggan campur tangan

KOTA BHARU 2 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan campur tangan dalam krisis antara DAP dengan kerajaan Pas Kedah.
Beliau sebaliknya menyerahkan kepada Kedah untuk menyelesaikan kemelut yang menyebabkan DAP negeri itu membuat keputusan drastik bertindak keluar pakatan.

APAKAH PERPADUAN YANG DIKEHENDAKI OLEH HAJI HADI ?

Adakah Perpaduan seperti kumpulan PR ini lebih baik daripada perpaduan bersama UMNO yang dicadangkan oleh Haji hadi sendiri ?

UMNO gagal jadi model perpaduan - Hadi

KUALA LUMPUR 30 Jun - Selepas cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan ditolak oleh pakatan pembangkang, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang kini menyalahkan UMNO pula dengan mendakwa parti itu gagal menjadi model perpaduan di kalangan orang Melayu dan rakyat negara ini.
Katanya, UMNO tidak mungkin akan menjadikan Islam sebagai sumber perpaduan orang Melayu walaupun sebelum ini parti berkenaan menerima baik cadangan kerajaan perpaduan itu.

Ulasan: Hujan emas

Marilah kita sama-sama fikirkan antara perpaduan yang dicipta oleh PR adakah lebih baik daripada perpaduan dengan UMNO yang dicadangkan oleh Haji Hadi.

Semuga dengan tersebarnya perkara-perkara sebegini rupa yang lakukan oleh puak PR ini akan memberi pengajaran kepada kita semua.


















3 ulasan:

  1. Koi sokong 100% apa yang hujan emas post ni, pakatan rakyat penipu, adil? kesamarataan? poorah,ada udang disebalik semua yang terjadi dalam PR,,, tak habis main wayang....

    BalasPadam
  2. Salaam. Semoga anda terus dirahmati, diampuni dan dipelihara ALLAH dalam ketaatan kepada-Nya sepanjang hayat. Semoga sejahtera dunia dan akhirat. Dunia hanya persinggahan, persiapkan diri untuk akhirat yang kekal tiada penghujung. (^_^)

    BalasPadam
  3. baru perintah negeri dah hancur. kalau perintah negara tak tahu macam mana.

    cakap berdegar-degar sampai nak pecah rostrum kat dewan, kat masjid, kat stadium. habuk pun tarak. berpolitik 24 jam, menyalahkan orang lain 24 jam, mencari salah orang lain 24 jam. kerja tak buat, balak, kroni, duit, balak, kroni, duit 24 jam.

    BalasPadam