SELAMAT SEJAHTERA

Ahad, 26 Julai 2009

BERMULA SEMULA KERJASAMA PAS & UMNO













Mursyidul Am Pas sedia lupa sengketa demi perpaduan Islam.

Kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedia menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri Pas dengan Kerajaan Pusat demi menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam. Beliau yang juga Mursyidul Am Pas, berharap perselisihan pendapat yang timbul di kalangan pemimpin politik terutama antara Umno dan Pas sewaktu kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, baru-baru ini dilupakan dan kedua-dua pihak kembali semula kepada semangat persaudaraan sesama Islam.
Nik Abdul Aziz yang kelihatan serius menyuarakan perkara itu berkata, sebelum ini kerajaan negeri tidak pernah pun menganggap kerajaan Pusat sebagai musuh, tetapi hanya sebagai lawan dalam mempertahankan perjuangan ideologi politik masing-masing.
Kenyataan Dato Mustaffa Mohamad.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjelaskan, penglibatannya sebagai penaung acara yang julung kali diadakan itu adalah untuk kebaikan rakyat Kelantan.
Katanya, selaku anak jati negeri itu yang mempunyai jawatan dalam Kabinet, beliau mahu melihat rakyat Kelantan menjalani kehidupan yang lebih baik, bersatu padu dan maju ke depan.
''Saya dan Menteri Besar mewakili dua parti politik berbeza, saya daripada UMNO, Menteri Besar daripada Pas tetapi untuk kerja kebajikan yang bermanfaat kepada rakyat, tiada sebab kita tidak boleh berada di atas pentas sama.
''Kita satu negeri, kita orang Kelantan, kita Islam yang bersaudara walaupun mempunyai perbezaan politik,'' katanya sewaktu berucap pada Majlis Pra-Pelancaran Kelantan Fiesta 2009 oleh Nik Abdul Aziz, di sini hari ini.
Ulasan Hujan emas.
Kita sama -sama berdoa agar apa yang diluahkan oleh kedua-dua pemimpin ini akan memulakan semula hasrat untuk melihat PAS dan UMNO berkerjasama untuk mempertahankan Negara,bangsa dan Agama Islam.
Kepada Pemimpin UMNO dan PAS, usahlah kita membuat andaian yang akan mengeruhkan semula hasrat murni ini, sama-samalah kita memberi sokongan agar ianya menjadi kenyataan.
Kepada pengikut-pengikut kedua-dua parti (UMNO & PAS) janganlah kita terpengaruh dengan hasutan pehak luar yang ingin melihat kerjasama PAS & UMNO ini tidak menjadi kenyataan.
Demia masa depan Negara, Bangsa Melayu kita ,ayuh kita berikan sokongan yang tidak berbelah bagi supaya hasrat murni ini akan menjadi titiktolak penyatuan umat melayu.

1 ulasan:

  1. Salam,

    Demo caya ke kecek tok guru tu ?

    Munafik belako.............

    BalasPadam