SELAMAT SEJAHTERA

Ahad, 19 Julai 2009


Negara demokrasi VS negara demonstrasi

Oleh kerana demonstrasi sudah menjadi aktiviti utama sebahagian rakyat negara ini, saya ingin mencadangkan kerajaan memasukkan saja acara itu di dalam kalendar tahun melawat Malaysia. Pi mai pi mai pun, ia juga sudah menjadi sebahagian daripada ‘gaya hidup’ masyarakat kita.
Kalau dulu Chef Wan mengadakan demonstrasi masakan, atau makcik-makcik menganjurkan demonstrasi menganyam tikar di ‘homestay’ masing-masing, memang elok benarlah acara menarik pelancong terbaru ini, dianjurkan oleh golongan pemimpin pula. Lagipun, semakin ramai pemimpin sudah menjadikan demonstrasi sebagai gaya kepimpinan mereka. Cara berfikir, cara pemimpin ini menyelesaikan masalah, tidak boleh jauh daripada demonstrasi. Mungkin cara mereka merancang masa depan negara juga (jika ada perancangan) berada tidak jauh dari lingkungan prinsip demokrasi adalah demonstrasi.
Baru-baru ini, sebahagian pemimpin dan rakyat kita berdemo berhampiran pejabat SPRM di Shah Alam. Sebab demo ialah untuk mendesak siasatan rapi dijalankan terhadap kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.
Sebelum ini, jika ada pemimpin meninggal dunia, kita akan ucap takziah dan mengunjungi ahli keluarga sebagai sokongan emosi. Sekarang, kita akan lakukan lebih daripada itu, iaitu dengan berdemonstrasi. Luar biasa sungguh rakyat Malaysia!
Kita imbas kembali adegan-adegan demo yang telah berjaya dilakukan dengan meriahnya oleh rakyat dan pemimpin negara demonstrasi. Antara demo yang boleh dianggap paling berjaya ialah di Perak apabila Datuk Seri Mohammad Nizar dan sebahagian pemimpin lain serta penyokong mengadakan demo. Saya tidak perlu jelaskan demo itu kerana saya yakin pembaca lebih arif.
Siapa boleh lupa demonstrasi anjuran Hindraf membantah ISA. Ia boleh dianggap demo paling berjaya dalam sejarah tanah air. Jika demo Hindraf boleh dianggap paling lantang dan berani, demo paling bersopan pula boleh kita anugerahkan untuk mereka yang membantah PPSMI. Ini mungkin disebabkan penganjurnya rata-rata adalah pakar bahasa dan sastera, jadi cara demo juga dipengaruhi budaya yang lebih beradab.
Rakyat kita juga sangat prihatin, jika ada kesusahan di luar negara, kita di sini akan berdemo untuk mereka. Orang Islam akan berdemo untuk kematian orang Islam di Thailand, Filipina, Iraq dan seminggu dua lagi mungkin dianjurkan demo untuk kaum Uighur di China pula. Orang India Malaysia pun berdemo juga sebagai tanda sokongan untuk kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Rakyat negara lain yang ada di Malaysia juga sudah berani menganjurkan demo seperti yang dilakukan oleh pelajar Iran baru-baru ini. Ia membuktikan demonstrasi sudah dianggap ‘gaya hidup’ di negara ini dan rakyat asing juga memahaminya.
Itu sekadar mencatat satu, dua demo daripada kategori ganas, bersopan, prihatin, bertaraf global dan glokal. Semuanya ada di Malaysia. Jadi memang wajarlah ia disenaraikan dalam kalendar tahun melawat Malaysia untuk menarik kunjungan pelancong. Mungkin ia boleh diserikan dengan tembakan air, gas pemedih mata, bunga api, molotov cocktail atau mungkin juga sebiji dua bom. Kalau kurang pengalaman, kita boleh belajar dari negara yang sudah ketagih dengan demonstrasi dan mendapat banyak ‘kebaikan’ daripada acara itu. Tepuk dada, tanyalah selera.
Ulasan Hujan emas.
Kita sama-samalah memikirkannya perilaku puak Pakatan Rakyat ini. Kerja mereka hanya demotrasi sahaja,bila masanya mereka pergi melawat kawasan masing-masing,melihat masalah rakyat. Kalau inilah kerja mereka ,cuba kita bayangkan jika mereka memerintah. jika berlaku perkara seperti ini adakah mereka juga akan berdemotrasi atau tidak ?. kalau tidak kenapa?.adakah sesuatu yang terjadi itu sudah ditakdirkan dan kalau mereka juga akan berdemotrasi,maka negara kita ini akan hancur dan rakyat akan merana kerana asyik berdemotrasi sahaja.
Sebab itulah kita kena fikirkan, puak PR ini sebenarnya gila kuasa apabila dapat jawatan mereka tidak akan jalankan tugas mereka untuk membela rakyat.Puak ini akan mencari helah untuk tidak bekerja untuk rakyat dengan mengadakan demotrasi. Kalau tidak ada apa-apa kes pun untuk berdemotrasi mungkin jika anjing mereka dilanggar oleh menteri pun mereka akan berdemotrasi.Inilah kerja mereka.
Cukuplak kita diperdayakan oleh golongan yang gila kuasa dan berkepentingan diri. Jangan kita biarkan negara kita ini dikuasai oleh penjenayah politik ini. FIKIRLAH UNTUNG NASIB ANAK CUCU KITA NANTI.

1 ulasan:

  1. Salam bro,

    DAP, PKR dan PAS nak jadikan Malaysia sebuah negara pemerintahan gergasi..... ala komunisi

    BalasPadam