SELAMAT SEJAHTERA

Sabtu, 18 Julai 2009

PAK LAH MULA BERBUNYI

















Abdullah mahu ISA
dimansuh


Oleh SAFINA RAMLIutusankedah@utusan.com.my

SINTOK 17 Julai - Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) wajar dimansuh dan diganti dengan perundangan baru yang membenarkan penahanan pencegahan terhadap tertuduh.
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, undang-undang baru itu mampu menjamin hak asasi rakyat apatah lagi ISA sering dikaitkan dengan persepsi negatif.
Beliau berkata, ISA memberi skop kuasa yang terlalu besar kepada pihak berkuasa untuk menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.



"Oleh itu, akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja dan mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya.


Menurut Abdullah, untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.

"Saya percaya kerajaan perlu berani melakukan perubahan seumpama itu sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara," ujarnya.

Jelas beliau, ia merupakan transformasi yang rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.


Ulasan Hujan emas :


Pak Lah sudah mula berbunyi, bunyinya agak ganjil sedikit didengari, apakah tujuannya dia berbunyi ? Adakah kerana setelah menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Demokrasi di Universiti Utara Malaysia (UUM) daripada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah,maka Pak Lah perlu berbunyi ?.Ataupun beliau agak cemburu dengan kebolehan Dato Sri Najib menerajui Negara sebagai PM?. Atau adakah beliau sengaja untuk menambahkan lagi tekanan kepada Dato Sri Najib yang sedang bertukuslumus untuk menyelesaikan segala perkara yang ditinggalkan oleh Pak Lah semasa beliau menjadi PM.


Untuk Pak Lah, sebagai seorang yang berbudi bahasa dan penuh dengan kesabaran tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti ini di media cetak. Kenapa tidak terus berjumpa dengan Dato Sri Najib dan yang menjadi persoalan kenapa semasa beliau menjadi PM tidak dimahsuhkan sahaja ISA ini ? Apa tujuannya berbunyi setelah tidak menjadi PM.


Saya yakin Pak Lah bukan seperti Chua Jui Meng yang gila jawatan,sanggup berbuat apa sahaja demi mengejar jawatan. Tidak hairanlah kalau jui meng masuk parti Keadilan kerana memang sesuai sangat orang seperti dia berada disitu, Muka pun dah hampir sama dengan pemimpin keadilan, mungkin perangai pun serupa sebab tulah nak masuk Parti Keadilan?


Bagi Pak Lah, saya yakin tidak melakukannya. Cuma diharap janganlah cepat berbunyi dan melatah, kalau ikhlas untuk memberi pandangan berjumpalah Dato Najib tak perlu berbunyi di media cetak. Saya sayang sangat Pak Lah. Say tahu hati budi Pak Lah.SAMA-SAMALAH KITA MEMBANGUNKAN NEGARA KITA INI DAN DENGARLAH DENYUT NADI RAKYAT YANG MEMERLUKAN BANTUAN KERAJAAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan