SELAMAT SEJAHTERA

Rabu, 26 Januari 2011

PRK DUN TENANG : BERUNTUNG PENEROKA FELDA (2)















FELDA BANTU MENGINDAHKAN KAWASAN KAMPUNG.

Felda bukan hanya setakat memainkan peranan bagi meningkat ekonomi warga peneroka sahaja bahkan berbagai-bagai sumbangan dan bantuan disediakan kepada seluruh warga Felda.

Bagi menjadikan kawasan rancangan sebuah kawasan kampung melayu yang indah dan menarik, Felda telah menyediakan peruntukan yang cukup besar dengan mengadakan pertandingan mengindahkan kawasan kampung yang dinamakan ANUGERAH KAWASAN KAMPUNG FELDA (AKKF).

Bagi menjayakan misi ini, Felda telah menyumbangkan sebanyak RM10.00 sepeneroka setiap bulan dan peneroka juga dikehendaki menyumbangkan hanya RM5.00 sepeneroka setiap bulan.Bermakna jika kawasan rancangan tersebut mempunyai bilangan peneroka seramai 500 orang, maka Felda akan menyumbang sebanyak RM5,000.00 sebulan kepada rancangan tersebut.

Selain dari itu, Felda akan menganugerahkan kepada rancangan yang mencapai ketegori yang dikehendaki dengan memberi sumbangan sebanyak RM 1 juta kepada rancangan tersebut. Sebahagian sumbangan tersebut akan diagihkan kepada semua peneroka dan selebihnya akan di gunakan untuk menyediakan prasarana di kawasan rancangan tersebut.

BAGI MASYARAKAT PENEROKA DI DUN TENANG TELAH MENIKMATI KEMUDAHAN INI DAN HANYA MENUNGGU MASA UNTUK DIANUGERAHKAN SEBAGAI KAWASAN KAMPUNG TERBAIK.

Kawasan Felda di negeri Johor sememangnya hebat-hebat dan dibuktikan apabila anugerah AKKF telah dimenangi oleh Kawasan Felda Negeri Johor selama tiga tahun berturut-turut.

INILAH YANG DIKATAKAN BERUNTUNGNYA MENJADI PENEROKA FELDA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan