SELAMAT SEJAHTERA

Khamis, 10 September 2009

BOM HIDROGEN LAWAN BOM NUKLEAR

















Samy Vellu sedia ‘bom hidrogen’
Oleh SANTHY MUTHALUsanthy.muthalu@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Kurang dari 48 jam sahaja lagi sebelum pemilihan parti MIC Sabtu ini, Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu mendedahkan beliau mempunyai satu ‘bom hidrogen’ yang boleh membongkar rahsia Datuk S. Subramaniam dan menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai.
Bagaimanapun, kata Samy Vellu, beliau tidak akan meletupkan bom hidrogen berkenaan kerana ia bukan tindakan baik untuk dilakukan oleh seseorang pemimpin ketika bakal menghadapi pemilihan parti.
Samy Vellu mendakwa, bekas Timbalan Presiden parti itu telah menyediakan beberapa butir ‘bom’ untuk menyerangnya demi kepentingan diri sendiri.

Saya ada 'bom nuklear' - Subramaniam

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam berkata, beliau tidak gentar dengan kenyataan Datuk Seri S. Samy Vellu yang mendakwa mempunyai 'bom hidrogen' yang boleh membongkar rahsia dan menjatuhkan maruahnya.
Beliau mendakwa, ia adalah cara Presiden MIC tersebut untuk menakutkan calon dan perwakilan dengan mereka-reka pelbagai cerita yang tidak betul.
''Kalau beliau ada 'bom hidrogen', saya pula mempunyai 'bom nuklear' yang boleh menghancurkan nama dan karier beliau.
''Tetapi ini bukan cara saya. Saya suka keamanan tetapi beliau mengamalkan cara kekerasan dan keganasan dalam memerintah partinya,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Samy Vellu hari ini yang mendakwa Subramaniam telah menyediakan beberapa butir 'bom' untuk menyerangnya demi kepentingan diri sendiri.

Ulasan Hujan emas :

Apa nak jadi dengan pemimpin MIC ni ?. Bilakah nak selesai masalah dalaman parti mereka ?.

Apa yang penting mereka sepatutnya memikirkan kepentingan parti dan BN,bukannya untuk menunjuk siapa hebat. Sekarang bukan masanya untuk berpecah belah.

Kepada Dato Samy janganlah keras sangat, bertolak ansurlah sikit, terima lah pandangan orang lain.

Kena fikir Kaum India telah ada 10 parti, jangan sampai ada lagi parti baru yang akan ditubuhkan.

Kena fikir tentang kepentingan kaum India terlebih dahulu,jangan dok fikirkan tentang jawatan sahaja. Tak guna dapat jawatan tetapi kita kehilangan kuasa untuk mentadbir Negara.

"Protes terhadap Samy Vellu telah menyebabkan masyarakat India berpecah teruk dengan menyertai 10 buah parti dan kumpulan"
*PROF. MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIAN
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM

"Samy Vellu sudah mencapai tahap tepu yang tidak mempercayai orang sendiri untuk menerajui parti"
*DR. SARJIT SINGH GILL
Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia UPM

"Samy Vellu perlu berundur kerana jika tidak BN dibimbangi akan kehilangan undi pengundi India.Sebenarnya masyarakat India bukan tidak suka MIC atau BN tetapi kerana menolak Samy Vellu"
*DATUK VYRAN T. RAJ
Wakil NGO

"Samy Vellu yang terlalu lama menerajui MIC tidak sepatutnya terus mengekalkan pendekatan autokrasi dalam parti itu"
*PROF. DR. MOHAMED MUSTAFA ISHAK
Pensyarah Pengajian Antarabangsa UUM

FIKIR-FIKIRKANLAH BERSAMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan