NIKMATNYA DIBAWAH KERAJAAN BN.
Penduduk disekitar Kg Kawah, Kg Seberang dan Kg Kuala Kenau di kawasan Sg Lembing, Kuantan bersyukur kerana sebahagian masalah yang mereka alami selama ini apabila banjir melanda bakal selesai apabila 3 buah jambatan barley akan dibina di kawasan ini.
Hari ini KDYMM Sultan Pahang telah mencemar duli turun ke kawasan bagi melancarkan perasmian pembinaan jambatan barley yang bernilai RM36.6 juta oleh pasukan Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Inilah nikmatnya yang diterima oleh masyarakat disini yang selama ini tidak jemu-jemu menyokong kerajaan BN dan nyata sekali slogan 1Malaysia " Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" benar-benar dirasi oleh rakyat.
SAMA-SAMA KITA DOAKAN SEMUGA ALLAH SWT AKAN TERUS MEMBERI NIKMAT KEAMANAN DAN KESELESAAN HIDUP DIBAWAH PEMERINTAHAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL (BN).
Khamis, 2 Februari 2012
Sabtu, 7 Januari 2012
ANWAR SANGGUP PINDA UNDANG-UNDANG BAGI MEMBEBASKANNYA.
Jelas sekali perjuangan Anwar bukan untuk menolong rakyat tetapi sebenarnya perjuangan
bagi membebaskan dan mendapatkan kuasa.
Beliau sanggup memperalatkan rakyat bagi tujuan tersebut sebagaimana kenyataan yang dibuat walaupun dia dipenjara, sekiranya Pakatan Pembangkang dapat memenangi PRU 13 nanti, PR akan pinda undang-undang bagi membenarkan BELIAU kembali menyertai politik dan mengambil alih jawatan sebagi PM.
Ini jelas menunjukkan bahawa Anwar memperalatkan rakyat semata-mata bagi membebaskannya.
KEPADA PENYOKONG -PENYOKONG ANWAR FIKIR-FIKIRLAH..........
Sabtu, 24 Disember 2011
PEMIMPIN PAS RAJA PEMBOHONG.

TIPU DAYA PAS TERBOINGKAR.
Kenyataan Datuk Hassan Ali berkenan tuduhan pemimpin PAS terutama Datuk Mustaffan Ali telah menjelaskan segala-galanya tentang penbohongan pemimpin PAS.
Datuk Mustaffa Ali menuduh Datuk Hasan Ali telah dipengaruhi oleh UMNO bagi menghentam PAS.
Jelas sekali selama ini pemimpin PAS meletakkan segala apa yang berlaku dalam PAS adalah berpunca daripada UMNO merupakan PEMBOHONGAN YANG AMAT HINA.
Hari ini Dato Hassan Ali telah membuat penafian apa yang berlaku terhadapnya bukan agenda UMNO tetapi di atas kesedarannya melihat perjuangan PAS sekarang bukan seperti dulu.
KEPADA PENYOKONG PAS : SEDARLAH KAMU SEMUA TELAH DIPERDAYAKAN OLEH PEMIMPIN KAMU YANG GILAKAN KUASA DAN JAWATAN.
Selasa, 13 Disember 2011
MAZLAN ALIMAN RAJA PEMBELIT.

SIAPA PENGKHIANAT FELDA ?.
Puak PAS yang diketuai oleh Raja Pembelit Felda iaitu Mazlan Aliman telah mengadakan demotrasi aman di depan pejabat Felda jalan Semarak semalam mendesak agar Dato seri Najib mengekalkan Dato Dzulkifli Wahab sebagai Pengarah Besar Felda .
PERSOALANNYA ?.
Kenapa Mazlan Aliman bersungguh-sungguh mempertahankan Dato Dzulkifli ?.Baik sangat kah beliau dengan Dato Zul ?.Dan apakah faedahnya kepada ANAK (mazlan Aliman) jika Dato Dzul dikekalkan sebagai Pengarah Besar ?.
BUKANKAH Mazlan Aliman (ANAK) telah membuat berbagai-bagai tuduhan mengatakan Felda menipu peneroka ?. TAPI SEKARANG nak membela Dato Dzul pula.
Jelas sekali PENGKHIANAT sebenar Felda adalah Mazlan Aliman (ANAK) yang menghasut peneroka dan menipu peneroka.
KEPADA WARGA PENEROKA SEDARLAH MAINAN WAYANG DAN LAKONAN YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH MAZLAN ALIMAN.
Kita serahkan isu ini kepada YAB Dato Najib yang lebih mengentahui segala-galanya.
Ahad, 11 Disember 2011
PKR INDERAMAHKOTA BAKAL KECUNDANG.

AZAN ISMAIL TIDAK LAYAK MENENTANG DATO SRI ADNAN YAAKOB.
Ahli Parlimen Indera Mahkota mencabar YAB Menteri Besar Pahang untuk bertanding di Parlimen Indera Mahkota pada PRU 13.
Cakap besar yang dilaungkan oleh Azan Ismail ini hanyalah cakap-cakap orang tidak tahu menilai diri sendiri.
Adakah saudara Azan Ismail sedar setakat mana kehebatan dan kekuatannya ?. Adakah beliau benar-benar mengambil berat tentang pengundi di kawasan ini ?.Dan sedarkah kenapa beliau di hantar ke negeri Trengganu untuik menjadi Pengerusi PKR Trengganu ?.
Bagaimana pula hubongan beliau dengan Dato Fauzi (Pengerusi PKR Pahang ), adakah hubongan mereka berdua baik atau sebaliknya ?. Dan sekarang kenapa bekas Pengerusi PKR Pahang (sebelum Dato Fauzi) ditugaskan untuk menjaga Parlimen Indera Mahkota ?.
Saya berharap, janganlah meletakkan harapan dan angan-angan yang tinggi sangat, dulu PKR menang dalam PRU 12 bukan kerana PKR kuat tetapi UMNO/BN bermasalah tetapi sekarang BN/UMNO sudah cukup bersedia untuk menentang siapa saja pada PRU13.
Kepada Sauadar a Azan Ismail, tak usahlah nak berangan untuk menentang Dato Adnan Yaakob, Jika BN meletak Dato Wan Adnan Wan Mamat pun, saudara Azan Ismail takkan menang.
INGATLAH WAHAI PKR, SEKARANG INI BN/UMNO SUDAH BERSEDIA KE MEDAN PERANG,TUNGGU DAN LIHAT AKAN KEBANGKITAN JENTERA DAN TENTERA BN/UMNO BAGI MENGHANCURKAN PENGKHIANAT BANGSA, AGAMA DAN NEGARA.
Isnin, 14 November 2011
PELAJAR TERIMA DUIT SEKOLAH


TERBUKTI KERAJAAN BN PERIHATIN.
Seluruh Ibubapa yang mempunyai anak yang akan bersekolah pada tahun 2012 cukup gembira apabila menerima bantuan awal persekolahan RM100.00 kepada pelajar.
Seluruh sekolah mula menyerahkan wang tersebut kepada seluruh ibubapa tidak kira pangkat,darjat ,miskin ataupun kaya.
Inilah menunjukkan keperihatinan Kerajaan BN kepada rakyat, apa yang dikatakan tetap dikota.
Slogan 1Malaysia "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN " benar-benar dilaksanakan oleh YAB Perdana Menteri.
Kepada seluruh rakyat Malaysia,fahamilah bahawasanya inilah satu-satunya NEGARA dan KERAJAAN yang benar-benar menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat tidak kira apajua fahaman politik mereka.
Kepada yang menerima mungkin bagi ibubapa RM100.00 tidak begitu besar nilainya tetapi bagi anak-anak (Pelajar) cukup besar makna.
OLEH ITU, FIKIR-FIKIRKANLAH....................................
Khamis, 3 November 2011
PENEROKA FELDA DAPAT MASJID BARU.


KEPERIHATINAN KERAJAAN BN TERBUKTI.
Masyarakat Felda sentiasa diambil perhatian oleh Kerajaan BN dan YAB PM.
Masyarakat Felda Bukit Goh cukup bertuah kerana telah mendapat sebuah Masjid baru yang bernilai lebih kurang RM3.2 juta.Semalam berlangsungnya majlis penyerahan kunci Masjid baru oleh JAIP kepada Pengerusi Masjid.
Inilah membuktikan bahawa slogan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" yang dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri benar-benar mementingkan rakyat.
Dengan jumlah penduduk yang melebihi 10 ribu, Felda Bukit Goh telah memcipta sejarah Felda kerana mendapat Masjid baru dan mempunyai dua Masjid.Masyarakat di sini sewajarnya bersyukur kerana mungkin inilah satu-satunya Tanah Rancangan Felda dalam Malaysia yang mendapat Masjid baru dan yang lain hanya mendapat peruntukan membesarkan Masjid sahaja.
Langgan:
Catatan (Atom)
