SELAMAT SEJAHTERA

Ahad, 11 Disember 2011

PKR INDERAMAHKOTA BAKAL KECUNDANG.



AZAN ISMAIL TIDAK LAYAK MENENTANG DATO SRI ADNAN YAAKOB.


Ahli Parlimen Indera Mahkota mencabar YAB Menteri Besar Pahang untuk bertanding di Parlimen Indera Mahkota pada PRU 13.


Cakap besar yang dilaungkan oleh Azan Ismail ini hanyalah cakap-cakap orang tidak tahu menilai diri sendiri.


Adakah saudara Azan Ismail sedar setakat mana kehebatan dan kekuatannya ?. Adakah beliau benar-benar mengambil berat tentang pengundi di kawasan ini ?.Dan sedarkah kenapa beliau di hantar ke negeri Trengganu untuik menjadi Pengerusi PKR Trengganu ?.


Bagaimana pula hubongan beliau dengan Dato Fauzi (Pengerusi PKR Pahang ), adakah hubongan mereka berdua baik atau sebaliknya ?. Dan sekarang kenapa bekas Pengerusi PKR Pahang (sebelum Dato Fauzi) ditugaskan untuk menjaga Parlimen Indera Mahkota ?.


Saya berharap, janganlah meletakkan harapan dan angan-angan yang tinggi sangat, dulu PKR menang dalam PRU 12 bukan kerana PKR kuat tetapi UMNO/BN bermasalah tetapi sekarang BN/UMNO sudah cukup bersedia untuk menentang siapa saja pada PRU13.


Kepada Sauadar a Azan Ismail, tak usahlah nak berangan untuk menentang Dato Adnan Yaakob, Jika BN meletak Dato Wan Adnan Wan Mamat pun, saudara Azan Ismail takkan menang.


INGATLAH WAHAI PKR, SEKARANG INI BN/UMNO SUDAH BERSEDIA KE MEDAN PERANG,TUNGGU DAN LIHAT AKAN KEBANGKITAN JENTERA DAN TENTERA BN/UMNO BAGI MENGHANCURKAN PENGKHIANAT BANGSA, AGAMA DAN NEGARA.

Isnin, 14 November 2011

PELAJAR TERIMA DUIT SEKOLAH







TERBUKTI KERAJAAN BN PERIHATIN.


Seluruh Ibubapa yang mempunyai anak yang akan bersekolah pada tahun 2012 cukup gembira apabila menerima bantuan awal persekolahan RM100.00 kepada pelajar.


Seluruh sekolah mula menyerahkan wang tersebut kepada seluruh ibubapa tidak kira pangkat,darjat ,miskin ataupun kaya.

Inilah menunjukkan keperihatinan Kerajaan BN kepada rakyat, apa yang dikatakan tetap dikota.


Slogan 1Malaysia "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN " benar-benar dilaksanakan oleh YAB Perdana Menteri.


Kepada seluruh rakyat Malaysia,fahamilah bahawasanya inilah satu-satunya NEGARA dan KERAJAAN yang benar-benar menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat tidak kira apajua fahaman politik mereka.


Kepada yang menerima mungkin bagi ibubapa RM100.00 tidak begitu besar nilainya tetapi bagi anak-anak (Pelajar) cukup besar makna.

OLEH ITU, FIKIR-FIKIRKANLAH....................................

Khamis, 3 November 2011

PENEROKA FELDA DAPAT MASJID BARU.
























KEPERIHATINAN KERAJAAN BN TERBUKTI.


Masyarakat Felda sentiasa diambil perhatian oleh Kerajaan BN dan YAB PM.


Masyarakat Felda Bukit Goh cukup bertuah kerana telah mendapat sebuah Masjid baru yang bernilai lebih kurang RM3.2 juta.Semalam berlangsungnya majlis penyerahan kunci Masjid baru oleh JAIP kepada Pengerusi Masjid.


Inilah membuktikan bahawa slogan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" yang dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri benar-benar mementingkan rakyat.


Dengan jumlah penduduk yang melebihi 10 ribu, Felda Bukit Goh telah memcipta sejarah Felda kerana mendapat Masjid baru dan mempunyai dua Masjid.Masyarakat di sini sewajarnya bersyukur kerana mungkin inilah satu-satunya Tanah Rancangan Felda dalam Malaysia yang mendapat Masjid baru dan yang lain hanya mendapat peruntukan membesarkan Masjid sahaja.

Rabu, 10 Ogos 2011

MENILAI KEBERANIAN PAS (Siri 1 )



APAKAH PAS BENAR-BENAR BERANI ?.


Itulah persoalan yang perlu dijawab oleh kepimpinan baru parti itu yang dilihat begitu teruja menjadi ' JAGUH ' kepada pakatan pembangkang apabila sejak akhir-akhir ini begitu lantang bersuara.


APAKAH PAS hanya berani berhadapan dengan SPR,berani bertelingkah dengan UMNO,berani menyerang SPRM dan berani berbalah dengan Polis (PDRM) ?.


APAKAK PAS BENAR-BENAR BERANI ?. Kalau benar-benar berani kenapa tidak bertindak dan menyokong tindakan JAIS membuat tindakan pemeriksaan keatas salah sebuah Gereja yang disyaki wujud gerakan memesongkan akidah orang Islam ?.


Apakah PAS bimbang , JIKA bersuara dan bersetuju akan dikritik oleh PKR dan DAP ?.Dan lebih menakutkan lagi PKR dan DAP tidak akan berkerjasama dengan PAS ?.


Oleh itu, Wahai pemimpin PAS tunjukkanlah keberanian itu demi AGAMA ,BANGSA DAN NEGARA jangan hanya BERANI kerana kepentingan politik demi mengejar KUASA dan JAWATAN.


FIKIR-FIKIRKANLAH WAHAI PENYOKONG PAS.







Isnin, 8 Ogos 2011

KERAJAAN BN PERIHATIN



DURIAN RUNTUH UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN.


YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bayaran khas Hari Raya kepada kakitangan kerajaan yang melibatkan 1.24 juta kakitangan dan jumlah yang akan dibayar oleh kerajaan adalah sebanyak 2 bilion.


Inilah kerajaan yang benar-benar mengamalkan apa yang dikata tetap dikota. Slogan : 'RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN " benar-benar dilaksanakan.


Kepada SEGELINTIR kakitangan kerajaan yang suka menyalahkan kerajaan dan tidakl menyokong kerajaan, harap-harap dapat memahami dan wajar memberi sokongan yang padu kepada kerajaan.




SEMOGA SOKONGAN KUAT DARIPADA KAKITANGAN KERAJAAN, MAKA AKAN BANYAK LAGI IMBUHAN YANG AKAN DI BERIKAN OLEH KERAJAAN.


Sama- sama kita fikirkan.

Khamis, 2 Jun 2011

POLITIK ANAK BERANAK MELANDA DALAM PAS.



ANAK NIK AZIZ DAN HAJI HADI MENANG PERMILIHAN PEMUDA.


Politik anak beranak yang dulunya dicanang oleh PAS terhadap UMNO kini sudah menular kepada parti PAS pula, apabila anak Nik Aziz dan Haji Hadi menang dalam permilihan Dewan Pemuda PAS.


Nik Abduh, anak Nik Aziz menang bertanding jawatan Timbalan Ketua Pemuda dalam pertandingan 4 penjuru manakala Muhamad Khalil, anak Haji Hadi menang bertanding jawatan anggota jawatankuasa.


DULU PAS menuduh UMNO parti kroni dan anak - anak beranak TETAPI SEKARANG perkara ini telah berlaku kepada parti mereka.


APAKAH ALASAN YANG HENDAK DIBERIKAN OLEH KEDUA-DUA PEMIMPIN INI ?.


Anak Nik Aziz terkejut dengan keputusan itu dan mengakui kemenangannya mungkin disebakan pengaruh bapanya.


Ini bermakna jelas sekali pemilihan dalam PAS bukannya mencari seorang pemimpin yang benar-benar pemimpin TETAPI memilih pemimpin kerana mereka adalah anak seorang pemimpin.



YANG PALING JELAS ADALAH PAS AKAN IKUT APA SAHAJA YANG DILAKUKAN OLEH PUAK KEADILAN DAN DAP WALAUPUN TERPAKSA MENGENEPIKAN KEPENTINGAN AGAMA DAN BANGSA MELAYU.






Ahad, 29 Mei 2011

MAZLAN ALIMAN PENGERUSI FELDA ?









PAS MEMPERBODOHKAN WARGA FELDA.






Pas telah menganjurkan Himpunan Warga Felda Pahang di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau pada 27 dan 27. Mei 2011.






Dalam majlis tersebut , Pas telah memperbodohkan warga Felda dan pengikutnya dengan mengedarkan borang permohonan tanah Felda Plantation kepada yang hadir.






MAKA ramailah yang berebut-rebut bagi mendapatkan borang tersebut dan difahamkan lebih kurrang 6,000 keping borang berjaya diedarkan.






APA YANG MENJADI PERSOALANNYA ?






Apakah mampu tanah yang ada itu boleh diagihkan kepada semua anak peneroka ?.






Bagaimanakah nasib dengan pekerja - pekerja dan kakitangan jika Felda Plantation di tutup ?.






Bagaimana pula nasib anak- anak masyarakat luar Felda yang tidak bertanah ?.






Apakah PAS sudah membuat bancian, berapa luas tanah Felda Plantation ?,berapa jumlah kakitangan dan petugas felda Plantation ?, Berapa jumlah anak-anak peneroka yang terdapat diseluruh Felda ?.






JELAS SEKALI, PAS hanya ingin mengambil kesempatan di atas kejayaan BN memajukan rakyat melalui FELDA demi kepentingan politik mereka.






PAS SEBENARANYA MENIPU RAKYAT DAN WARGA FELDA DEMI MENGEJARKAN KUASA POLITIK.






KEPADA WARGA FELDA , jangan mudah terpengaruh dengan mainan politik yang dicanangkan oleh PAS dan sekutunya.



Kiat urus dan jagalah baik-baik tanah yang kita ada demi anak dan cucu cicik kita. SEMUGA TANAH YANG ADA INI TETAP KEKAL MENJADI MILIK KITA.






FIKIR-FIKRKANLAH.