SELAMAT SEJAHTERA

Isnin, 22 November 2010

PKR : KEMENANGAN YANG TIDAK BERMAKNA.



PEMILIHAN PKR : APA GUNA MENANG JIKA PARTI BERCELARU.


Azmin Ali dan Nurul Izah yang bertanding jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PKR mendahului calun – calun lain dengan majoriti yang besar. Azmin Ali setakat ini meraih 14,751 undi manakala Nurul Izah meraih 11,042 undi. Keputusan muktamad akan diumumkan pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR.


Apa pun keputusan yang akan berlaku dalam pemilihan PKR sudah tidak menjadi tumpuan sebaliknya kekecohan yang berlaku di setiap Cabang PKR menjadi topik utama dan yang paling terbaru adalah desakan dikalangan ahli PKR sendiri supaya Anwar Ibrahim dan Azmin Ali berundur daripada PKR .


Persoalannya sekarang , Kenapa sehingga sekarang Anwar dan Wan Azizah masih lagi berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa tindakan samada menanggani isu pemilihan ataupun demotrasi.



Dulu Anwar sendiri yang menjadi kepala demotrasi menentang kerajaan BN tetapi sekarang beliau berdepan dengan anak buahnya sendiri yang membuat demotrasi terhadapnya.


Inilah hakikat sebenarnya, apabila sibapa hanya pandai mengajar anak bersikap kurang ajar tetapi lupa untuk belajar bagaimana hendak menanggani apabila anak bersikap kurang ajar.


PENGAJARANNYA : Apa yang disarankan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir supaya kita sama-sama mengadakan sembahyang hajat supaya Allah swt tunjukkan yang sebenar MAKA sekarang kebenaran itu semakin hari semakin kelihatan.



SAMA-SAMALAH KITA RENUNGI DAN MENJADI PENGAJARAN KEPADA KITA SEMUA.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan