SELAMAT SEJAHTERA

Rabu, 5 Mei 2010

KENAPA KARPAL ANGGAP KES BUNUH ?




Karpal dakwa kes diklasifikasi bunuh.
Karpal Singh mengklasifikasikan kes tembak mati Aminulrasyid Amzah sebagai kes bunuh yang membawa hukuman mati mandatori.
Beliau berkata Peguam Negara perlu membuat pendakwaan atas tuduhan bunuh, berdasarkan keterangan daripada saksi utama kejadian itu.
APA YANG MENJADI PERSOALANNYA?.
Apakah dengan hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja tanpa mendapat perjelasan daripada polis yang terlibat , Karpal sudah boleh membuat andaian bahawa kes ini kes bunuh?.
Apakah dengan berbuat demikian sudah dianggap adil sebagaimana pihak pembangkang dok laungkan selama ini ?.
Diharap kepada Karpal, kalau hendak menjadi pembela, biarlah mendengar dari kedua-dua belah pihak dulu, jangan dek kerana kepentingan politik terus sahaja membuat klasifikasi tanpa menyelidik terlebih dahulu.
Kita simpati kepada keluarga Aminulrasyid dan wajar mendapat pembelaan tetapi biarlah benar-benar membantu bukan kerana kepentingan politik.

1 ulasan:

  1. Biasalah bo, kalau tak tak ada isu nak buat supaya rakyat benci kerajaan UMNO-BN.........

    BalasPadam