SELAMAT SEJAHTERA

Isnin, 14 November 2011

PELAJAR TERIMA DUIT SEKOLAH







TERBUKTI KERAJAAN BN PERIHATIN.


Seluruh Ibubapa yang mempunyai anak yang akan bersekolah pada tahun 2012 cukup gembira apabila menerima bantuan awal persekolahan RM100.00 kepada pelajar.


Seluruh sekolah mula menyerahkan wang tersebut kepada seluruh ibubapa tidak kira pangkat,darjat ,miskin ataupun kaya.

Inilah menunjukkan keperihatinan Kerajaan BN kepada rakyat, apa yang dikatakan tetap dikota.


Slogan 1Malaysia "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN " benar-benar dilaksanakan oleh YAB Perdana Menteri.


Kepada seluruh rakyat Malaysia,fahamilah bahawasanya inilah satu-satunya NEGARA dan KERAJAAN yang benar-benar menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat tidak kira apajua fahaman politik mereka.


Kepada yang menerima mungkin bagi ibubapa RM100.00 tidak begitu besar nilainya tetapi bagi anak-anak (Pelajar) cukup besar makna.

OLEH ITU, FIKIR-FIKIRKANLAH....................................

Khamis, 3 November 2011

PENEROKA FELDA DAPAT MASJID BARU.
























KEPERIHATINAN KERAJAAN BN TERBUKTI.


Masyarakat Felda sentiasa diambil perhatian oleh Kerajaan BN dan YAB PM.


Masyarakat Felda Bukit Goh cukup bertuah kerana telah mendapat sebuah Masjid baru yang bernilai lebih kurang RM3.2 juta.Semalam berlangsungnya majlis penyerahan kunci Masjid baru oleh JAIP kepada Pengerusi Masjid.


Inilah membuktikan bahawa slogan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" yang dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri benar-benar mementingkan rakyat.


Dengan jumlah penduduk yang melebihi 10 ribu, Felda Bukit Goh telah memcipta sejarah Felda kerana mendapat Masjid baru dan mempunyai dua Masjid.Masyarakat di sini sewajarnya bersyukur kerana mungkin inilah satu-satunya Tanah Rancangan Felda dalam Malaysia yang mendapat Masjid baru dan yang lain hanya mendapat peruntukan membesarkan Masjid sahaja.