SELAMAT SEJAHTERA

Selasa, 28 Disember 2010

ULAMA TAKUT MATI ?.


NIK AZIZ MARAH BILA DIKATAKAN MENINGGAL DUNIA.


"Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya," kata Mursyidul Am Pas itu kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat mengenai bekalan air di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, hari ini.


Sebelum ini, berita mengenai kesihatan Nik Abdul Aziz, 79, heboh diperkatakan malah dikatakan telah meninggal dunia malam tadi. Menteri Besar itu minggu lalu menerima rawatan di Wad Eksekutif Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana sakit pinggang.


Sebenarnya Nik Aziz adalah seorang yang mudah menerima sesuatu tanpa usul periksa terlebih dahulu. Isu inilah adalah berkaitan dengan orang lain yang secara kebetulan namanya sama.


Inilah wajah sebenarnya Nik Aziz yang akan membuat kenyataan dan pandangan tanpa meneliti terlebih dahulu dan sememangnya wajarlah kalau dia mengundurkan diri kerana sudah tidak boleh berfikir secara rasional.

FELDA BERTAMBAH GAH.















PENGERUSI FELDA : TAN SRI ISA SAMAD.

Keputusan kerajaan melantik Tan Sri Isa Samad sabagai Pengerusi Felda menggantikan Tan Sri Yusof Nor adalah satu keputusan yang cukup bijak. Bukan bermakna Tan Sri Yusof Nor tidak baik tetapi suasana dan iklim perubahan yang berlaku dalam Felda sekarang ini memerlukan seorang yang agresif dan semangat juang yang tinggi.

Warga Felda (Peneroka) yakin dengan kebolehan dan pengalaman yang ada pada Tan Sri Isa Samad akan dapat membantu Felda dan menyelesaikan permasalahan yang melanda masyarakat Felda gara-gara hasutan golongan yang berkepentingan politik kepartian.


Kepada seluruh warga Felda berilah kerjasama sepenuhnya kepada Tan Sri Isa Samad demi kepentingan semua warga Felda.

Isnin, 20 Disember 2010

ANWAR DIPERALAT SEPERTI NIZAR


DAP MEMPERALATKAN PEMIMPIN MELAYU YANG GILA KUASA.


Pakatan Rakyat membuat keputusan melantik terus Datuk Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang walaupun beliau digantung selama enam bulan sebagai anggota Parlimen.


DAP pula menyokong Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia nanti.


ADAKAH ANWAR SEDAR ?.


JIKA Anwar menjadi Perdana Menteri nasibnya sama seperti yang dialami oleh Datuk Nizar yang pernah memegang jawatan Menteri Besar Perak tetapi hanya sekadar mendapat jawatan dan kuasa adalah milik DAP.


INILAH yang akan terjadi kepada Anwar jika menjadi Perdana Menteri, hanya sekadar boneka dan DAP akan berkuasa penuh memerintah Negara. Perangkap yang dipasang oleh DAP semakin mengena kerana mangsanya sudah tidak memikirkan bahayanya jerat tersebut. Anwar hanya memikirkan apa yang diidamkan dan tidak memikirkan kesannya selepas itu.


FIKIR-FIKIRKANLAH, JANGAN SAMPAI MALAYSIA SEPERTI SINGAPURA.

Sabtu, 18 Disember 2010

PAS GILA KUASA DAN JAWATAN


PRK DUN TENANG, JOHOR.

Timbalan Presiden Pas,Nasharudin Mat Isa berkata, Beliau telah dihubungi oleh Pas negeri Johor yang mahu meletakkan calun di DUN berkenaan. Perhubongan negeri Johor telah bermesyuarat malam tadi dan telah membuat keputusan untuk bertanding di kawasan tersebut.

INILAH WAJAH SEBENARNYA PARTI PAS YANG MEMPERALATKAN AGAMA BAGI KEPENTINGAN PARTINYA.


Pemimpin dan rakyat BN sibuk menguruskan jenazah Allahyarham Dato Sulaiman Taha, puak Pas pula sibuk mengadakan mesyuarat untuk membuat keputusan bertanding dalam PRK DUN Tenang nanti.


Mungkin Pas bimbang kalau lambat membuat keputusan takut nanti kawasan tersebut akan diletak calon dari PKR oleh Pakatan Rakyat. Kalau Anwar mahukan PKR bertanding di kawasan tersebut, Pas akan akur walaupun kerusi tersebut adalah kerusi mereka kerana jika menentang maka Pas akan dipinggirkan oleh PR. Pas dalam Pakatan Rakyat hanya sekadar menjadi pak angguk sahaja dan tidak boleh berbuat apa-apa.


BEGINILAH NASIB PAS YANG BERADA DI DALAM PAKATAN RAKYAT.



Isnin, 13 Disember 2010

30,000 PEMUDA PAS BAKAL DIPERALATAKAN.



30,000 PEMUDA BERKAMPUNG DI KEDAH.

Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan 30 ribu pemuda bagi mengumpulkan jentera pemuda berdepan Pilihan Raya Umum ke 13. Himpunan tersebut dijadualkan diadakan pada 19 Februari tahun hadapan bertempat di negeri Kedah.

SEBENARNYA Pemuda Pas hanya menjadi alat kepada pemimpin - pemimpin mereka yang gilakan kuasa dan jawatan. Tenaga mereka digunakan untuk meraih undi dan sokongan daripada pengundi sedangkan golongan mereka tidak diberi tempat apabila berlaku pilihan raya.


Contoh yang terbaru ialah Pilihan Raya Kecil Dun Galas, Gua Musang, apabila Pas memilih calon yang sudah dua kali tewas dalam pilihanraya. Sepatutnya Pas meletakan calon dikalangan pemuda di PRK tersebut. Oleh kerana pemimpin Pas hanya perlukan tenaga sahaja dari pemuda maka calon dikalangan mereka diabaikan.


Inilah perjuangan sebenar pemimpin Pas, memperalatakan golongan muda demi kepentingan mereka.




Sabtu, 4 Disember 2010

PEMIMPIN PAS DIMAINKAN ANWAR.


CADANGAN TIM PERDANA MENTERI MALAYSIA OLEH ANWAR.

Cadangan Anwar mengenai perlantikanLim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang menang PRU ke 13 menyebabkan pemimpin Pas jadi tidak keruan.


Sama-sama kita renungi kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pas yang sudah hilang punca apabila Anwar mainkan isu ini.

Presiden Pas, Abdul hadi Awang berkata tidak tahu menahu.

Timbalan Presidennya , Nasharudin Mat Isa tegaskan tidak pernah membincangkan perlantikan Penasihat DAP itu.

Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat kata beliau tidak mempunyai masalah dengan perlantikan Kit Siang ke jawatan itu.

Ketua Dewan Ulama Pas,Harun Taib tidak setuju.

Tim Ketua Dewan Ulama Pas, Ahmad Yaakub pula setuju.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan At-Tantawi berkata kenyataan Ketua Umum PKR adalah tidak berasas.


Persoalannya ?. Bagaimana Pas hendak berjuang menegakkan Islam kalau orang yang duduk kerusi TPM adalah yang BUKAN beragama Islam ?.

Bagaimana hendak mentadbir negara Islam jika pemimpinnya bukan orang Islam ?.

KEPADA PEMIMPIN PAS, Sedari bahawasnya hari ini pemimpin Pas sedang dimainkan dan diulik oleh Anwar yang sedang nazak dan menunggu saat-saat yang akan ............


FIKIR-FIKIRLAH WAHAI PEMIMPIN PAS....................