SELAMAT SEJAHTERA

Sabtu, 22 Mei 2010

FUZIAH SALLEH NASIHAT KELUAR SEGERA









Ahli PKR Tidak puashati dinasihat keluar Parti.


Fuziah Salleh ,Ahli Parlimen Kuantan menyeru kepada ahli PKR yang tidak berpuashati dinasihatkan agar keluar parti dengan segera tanpa menunggu pilihanraya.


KENAPA FUZIAH MEMBUAT KENYATAAN SEPERTI INI ?.


Adakah beliau sememangnya risau dan bimbang dengan perkembangan terkini yang mana semakin ramai ahli PKR seluruh Tanah air termasuk beberapa Ahli Parlimennya yang keluar parti?. ATAU Beliau sengaja memberi amaran agar ahli PKR selepas ini jangan keluar parti ?

SEBENARNYA, Fuziah dan kepimpinan PKR memang risau dan bimbang dengan perkembangan terkini dimana semakin ramai ahli PKR yang keluar parti. Mereka juga bimbang jika perkara ini terus berlaku, pada pilihanraya umum akan datang mereka ini akan kehilangan jawatan dan kuasa.

Sebab itulah , Fuziah Salleh memberi amaran awal kepada ahlinya supaya membuat keputusan segera , agar mereka juga akan memilih jalannya sendiri atau membuat sesuatu perkara yang membolehkan mereka mengekalkan jawatan dan kuasa mereka seperti hari ini.

KEPADA AHLI PKR. Sedarlah bahawasanya parti PKR tidak boleh membawa apa -apa perubahan bagi menjamin keharmonian dan masa depan rakyat Malaysia ini.

OLEH ITU, Buatlah keputusan segera demi masa depan anak-anak kita yang mana sekarang ini terdapat setengah pehak yang sedang mengambil kesempatan di atas perpecahan orang melayu untuk mendapatkan kuasa bagi memerintah Negara MALAYSIA ini.

FIKIR-FIKRKANLAH WAHAI AHLI PKR..............

Rabu, 5 Mei 2010

KENAPA KARPAL ANGGAP KES BUNUH ?




Karpal dakwa kes diklasifikasi bunuh.
Karpal Singh mengklasifikasikan kes tembak mati Aminulrasyid Amzah sebagai kes bunuh yang membawa hukuman mati mandatori.
Beliau berkata Peguam Negara perlu membuat pendakwaan atas tuduhan bunuh, berdasarkan keterangan daripada saksi utama kejadian itu.
APA YANG MENJADI PERSOALANNYA?.
Apakah dengan hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja tanpa mendapat perjelasan daripada polis yang terlibat , Karpal sudah boleh membuat andaian bahawa kes ini kes bunuh?.
Apakah dengan berbuat demikian sudah dianggap adil sebagaimana pihak pembangkang dok laungkan selama ini ?.
Diharap kepada Karpal, kalau hendak menjadi pembela, biarlah mendengar dari kedua-dua belah pihak dulu, jangan dek kerana kepentingan politik terus sahaja membuat klasifikasi tanpa menyelidik terlebih dahulu.
Kita simpati kepada keluarga Aminulrasyid dan wajar mendapat pembelaan tetapi biarlah benar-benar membantu bukan kerana kepentingan politik.